#HANDSSHOPPINGRAYA – BERJAYA

Alhamdulillah kerja kerasa selama lebih kurang 1 Bulan setengah haritu akhirnya berbaloi juga untuk kami warga HANDS kerana berjaya menganjurkan program #HANDSSHOPPINGRAYA 2017 yang berlangsung sabtu lepas. Kalau sesiapa yang perasaan banyak posting-posting daripada aku dan juga teman-teman HANDS yang sibuk dan gigih mencari dana untuk disalurkan kepada adik-adik di Yayasan Chow Kit ini, dan Alhamdulillah jumlah dana yang terkumpul sangat memberangsangkan. Terima kasih juga aku nak ucapkan kepada beberapa orang selebriti yang terlibat dalam hebahan di media sosial mereka.

IMG_0102

Baiklah pada 10 Jun yang lalu aktiviti dimulakam dengan taklimat dan penerangan dari MT HANDS kepada semua sukarelawan yang terlibat. Kami berjumpa di sekitar Kg Baru sebelum gerak ke Yayasan. Alhamdulilah juga dari segi sukarelawan ramai muka muka baru dan juga ada diantara mereka yang membawa keluarga, isteri dan adik-beradik mereka sendiri. Amin amin terima kasih kerana sudi menjadi sebahagian keluarga HANDS. Sekitar jam 845 kami semuanya bergerak menuju ke Yayasan yang terletak lebih kurang 5-6km setelah sampai kami lihat adik-adik sudah pun berkumpul di satu bilik khas untuk melakukan aktiviti.

IMG_9976

Berbeza dengan tahun lepas, penerima tahun ini juga antara penerima yang terbanyak. Bayangkan asalnya ade 30 orang sahaja dalam list, tetapi dekat dekat nak event ade tambahan 5-6 orang dan juga ade sekeluarga yang turut kami bantu. Tapi tak apa la rezeki mereka bulan-bulan puasa ni. Macam biasa bila dah ramai-ramai jadi riuh sekejap hahahaa selepas itu bermula sesi Ice Breaking dan juga pembahagian kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada 4orang anak anak dan 2 orang sukarelawan ade diantara adik-adik yang memilih fasi-fasi mereka sendiri. Tak kurang juga ade yang malu malu untun bergaul dengan mereka yang lain yela mungkin first time jumpa.

IMG_9987

IMG_0067

IMG_9988

Setelah habis sahaja aktiviti di Yayasan kami terus bergerak ke Mydin Jalan Chow Kit untuk aktiviti shopping yang pertama, rata-rata aku tengok adik adik ni sangat teruja nak membeli-belah dalam Mydin tu riuh rendah dengan suara adik adik ni dan juga abang akak akak fasi. Yelaaa ade yang berkejara-kejaran pulak dalam mall tu. Rata rata aku tengok semua sukarelawan tak kekok nak layan adik adik ni yelaaa mungkin dah terbiasa melayan adik sendiri masa nak membeli belah. Masa shopping ni kami mewajibkan adik-adik ni untuk memilih baju dan kelengkapa raya sahaj contohnya songkok, sampin, tudung dll kalau ade lebihan barulah boleh beli yang lain janji benda tersebut bermanfaat.

IMG_0065

IMG_0061

Dekat sejam lebih juga berkampung di Mydin selepas tu terus kami turun ke bawah untuk buat pembayaran. Ada juga diantara adik-adik ni yang tak dapat beli baju sebab tak ada size dan tak berkenan di mata, dan mereka terus di bawa ke Pusat Pakaian Hari-Hari di sekitar situ juga. Alhamdulilah cuaca pada hari tu jugak tak panas sangat dan perjalanan program berlangsung dengan sempurnanya. Oh masa dekat Mydin jumpa jugak kawan lama ZUL dan juga KAK EMA tak sempat nak berbual lama nanti iolss singgah lagi ya.

IMG_0009
Terima Kasih Mydin

Dah selesai shopping kami terus pulang ke Yayasan untuk aktiviti penutup. Sebelum tu Pn Azila selaku penasihat HANDS turut menyampaikan ucapan penghargaan kepada semua yang terlibat dan juga turut menyampaikan bantuan kepada YAYASAN dan juga sebuah keluarga adik yang tular baru-baru ni. Seterusnya adik adik ni juga turut menerima duit raya daripada kami. Seronoknya la hai… Majlis berakhir dengan tepuk terima kasih dari anak anak yayasan ni 😄.

IMG_0011

Bermacam-macam perasaan ade sewaktu mengendalikan program ini tapi yang penting sekali semua sumbangan telah kami salurkan kepada yang memerlukan. Insyallah kalau ade kesempatan di lain masa akan saya khabarkan kepada anda diluar sana. Sekali lagi ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun secara tidak langsung. Insyallah saya doakan agar rezeki anda dalam segala hal akan terus berkembang dan tidak putus-putus. Amin.

IMG_0026

#KitaSamaSamaKongsi

 

Foto Ihsan : Hands.Project_Charity

HANDS- KURANGKAN BAJET BAZAAR, TAMBAHKAN BAJET SEDEKAH.

Alhamdulillah dah 8 hari kita berbuka. So far bagaimana puasa anda anda semua? hahaha tanya orang pulak diri sendiri pun ahhahaha. Alhamdulilah setakat ni puasa penuh la. Haaaa so far dah berapa banyak duit di belanjakan di Bazaar Ramadan atau PARAM (Pasar Ramadan). Aku so far setakat ni baru sekali ja pergi Bazzar itupun sebab nak mengisi masa ja, yelah balik jam 5 Petang lepas jarak antara rumah dan tempat kerja hanya 10-15 minit sahaja mau tak melepek duk umah so pergi la bersiar-siar cuci mata tak pun aku jogging.

Ok berbalik pada tajuk entri kat atas, semua sudah sedia maklum HANDS (Helping Anyone In Needs) NGO yang aku sertai bersama adik-adik junior di UITM Kedah dulu sedang bertungkus lumus mencari sumbangan dana untuk program kami yang akan berlangsung pada 10 Jun ini. Program #ShoppingRaya ni kami akan bawak anak anak asnaf di Yayasan Chowkit untuk membeli-belah Baju dan kelengkapan raya di sekitar Jalan Chow Kit. Program ni actually dah 2 tahun kami buat dan tahun ni kami buat lagi sebab memang best. Dah nak dekat waktu program ni semakin rancak la kami ni mencari dana-dana yang boleh kami gunakan wang tersebut untuk membeli-belah bersama adik adik tersebut.

IMG_9604

DAPAT SOKONGAN.

Alhamdulillah aku nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada yang menyokong program antaranya kenalan rapat di tempat-tempat kerja terdahulu, rakan-rakan artis, rakan-rakan blogger yang menghebahkan poster di IG mereka tak kurang juga yang tampil membuat sumbangan serta tajaan.

IMG_9682

Antaranya: (Update sehingga 3 Jun)

  1. Blogger:
    1. Ben Ashaari 
    2. Kelab Blogger Ben Ashaari 
  2. Rakan Artis:
    1. Amy Mastura
    2. Farawahida
    3. Da’i Wan
    4. Bella Yunus
    5. Naim Hashim – Penyampai Suria Fm
  3. Kenalan
    1. Azlia Idha
    2. Puan Mawarni
    3. Mummy
    4. Razid Ahmad

Terima kasih banyak-banyak kepada kalian atas pertolongan ini. Hanya allah sahaja dapat memberikan ganjaran kepada anda semua Insyallah.

Kami masih mencari lagi sumbangan yang berterusan untuk kami adakan program program seumpama ini dan juga program akedemik yang lain dalam membantu komuniti setempat terutamanya kanak kanak yang nyata memerlukan pendidikan untuk perkembangan sosial demi masa depan.

IMG_9090

Sumbangan boleh terus di salurkan ke Akaun – Persatuan Hands – Helping (564342617404) Akaun Maybank. ‘…KURANGKAN BAJET BAZAAR, TAMBAHKAN BAJET SEDEKAH…”

#KitaSamaSamaKongsi