RAMADAN – REZEKI YANG MEMERLUKAN

Alhamdulillah.. Bulan Ramadan ini ramai yang kedepan untuk menghulurkan sumbangan, tak kira memalui wang ringgit mahupun dari segi bantuan barangan. Aku pun sedang sibuk dengan persiapan untuk Program #ShoppingRaya anjuran HANDS . So aku dan team yang lain pun masing-masing busy.

Dalam pada itu aku sempat mengagihkan sumbangan BERAS JASMINE ni pada penerima rumah-rumah kebajikan sekitar Seremban. Alhamdulilah kerjasam dengan pihak Jasmine ini bermula daripada tahun lepas bila mana company yang aku kerja ni nak buat program BUBUR LAMBUK yaa kami masak sendiri. hahahahahah. Memang letih tapi memang berbaloi dan satu pengalaman yang baru buat kami.

Pada tahun ini aku ada usulkan nak cari lagi tajaan daripada JASMINE ini melalui seorang kenalan ini. Bila aku cakap dan tunjukan proposal yang aku buat terus die kaata ok.Alhamdulilah rezeki anak anak asnaf ini dapat bantuan. Setiap rumah asnaf ini dapat 50Kg beras.

IMG_9639
Sumbangan Kepada Adik Adik Darul Aminan
IMG_9638
Sumbangan Pada Pak Man Al Khair
IMG_9636
Sumbangan Kepada Rumah Sinar Harapan
IMG_9635
Rumah Anak- Anakku Sayang

Pada Jumaat lepas aku dan officemate aku di sini, mula mengagihkan beras berkenaan kepada semua penerima bantuan. So kami telah menyampaikan amanat tuan berkenaan untuk menghulurkan bantuan tersebut kepada penerimanya. Melalui HANDS jugak aku harap HANDS boleh jadi medium perhubungan antara orang ramai atau syarikat korporat untuk bai bantuan kepada yang memerlukan. Aku harap juga ramai yang akan tampil ke depan untuk membantu golongan-golongan ini. Mungkin bukan sahaja dari segi wang ringgit, pendidikan, motivasi dan cara hidup juga boleh di sumbangkan bagi pembangunan insan anak anak ini.

Pada yang memberi sumbangan ini, aku hanya dapat berdoa supaya insan insan ini terus dimurahkan rezeki yang berpanjangan. Amin.

#KitaSamaSamaKongsi

LARA DI BALIK MAGGIE GORENG

Alhamdulillah dah masuk hari ke 10 kita berpuasa kan. So bebagai menu masakan dan  juadah kita dah hadap dan berbagai pengalaman juga kita tempuh sepanjang Ramadan ini. Moga terus istiqamah ye. Hahahah kalau post aku ni bukan pasal lain pasal makanan la jugak tapi hari ni lain sikit. Ade sedikit kedukaan dalam pengalaman nak berbuka semalam.

Semalam kalau ikutkan aku berbuka dengan NASI ARAB HADRAMAWT lebihan dari meeting HANDS di rumah jamirul malam ahad hari tu. So masa sahur semalam tak sempat nak makan jadi bawak la balik Seremban dengan harapan nak makan waktu berbuka nanti. Sejurus pulang je dari PICC aku terus ke pantry office untuk letakan bekal tersebut dalam peti ais juga bersama popia cheese yang aku buat hari Sabtu lalu yang disejukbeku (resipi update later).  Kisah tragis bermula jam 5 petang sjurus aku lepas solat Asar, selalunya pantry akan ditutup jam 530 petang so aku pon solat la dulu. Lepas solat aku terus ke pantry nak bukak pintu tetibe….. Haaaa pintu dah kunci dan semua staff admin dah balikk wuarghhhhh macam ne ni dunia seakan gelap gelita bahahahaha ceewaaahhh.

Aku pun balik la rumah terus dengan kedukaan tiada juraian air mata ahahahah. Aku ni memang sejenis masak dan makan kat umah jarang nak beli-beli kat bazar ni yelaaa nak berebut parking la, nak bersesak dengan orang memang takla so aku terus balik umah. Sampai je kat rumah terus aku bukak peti ais aku dan tengok apa yang aku boleh masak untuk waktu berbuka nanti. Ade la lebihan dada ayam, sotong, fishball, fishcake dana de MAGGIE haaaa terus kata nak buat MAGGIE Goreng.

Lebih kurang jam 6:45 petang aku start memasak, ni aku list kan bahan-bahan die dan cara penyediaan nya so aku nak bagi nama menu ni MAGGIE GORENG MELARA ahhahahahaha. Selamat mencuba.

MAGGIE GORENG MELARA

IMG_9838

Bahan-Bahan:

  • 2 Paket Maggie Kari (Rebus dan Simpan Perencahnya)
  • 1 Biji Bawang Besar
  • 5 Biji Bawang Putih
  • 4 Tangkai CIli Api
  • 3 Sudu Besar CIli kisar
  • 1 Sudu Besar Sos Seafood ADABI
  • Kicap
  • Dada Ayam
  • Fish Ball/ Fish Cake
  • Sayuran : Lobak /Sawi
  • Sedikit Air

Cara Penyediaan:

Tumis bawang merah, putih, dan cilia pi sehingga layu kemudian masukkan cili kisar tadi tumiskan sehingga pecah minyak. Kemudian masukkan dada ayam dan fishball serta fish cake dan ratakan masukan juga Sos Seafood dan kicap juga sedikit air. Gaulkan hingga sebati masukan perencah Maggie kari bersama sayuran tadi. Terakhir masukan Maggie yang telah di rebus dan gaulkan hingga rata. Boleh tambah telur kalau anda suka, heheheh. Ok siap untuk di hiding.

#KitaSamaSamaKongsi