SAMBAL PETAI UDANG

Dalam bulan puasa ni kira dah 2 kali la aku masak sambal petai. Pertama sambal ikan bilis dengan petai (Resipi) dan kali ini aku letak udang je. Hahahah Al-kisahnya udang ni dah dekat seminggu dalam freezer tu sebab dah nak balik kampung kan ehh KL kan sempena cuti raya ni kene laa kosong-kosongkan peti ais. So ini die resipi udang sambal petai.

19396977_10209101719408247_5622023754947554383_n.jpg

Bahan-Bahan

10-15 Tangkai Cili Kering

2 Biji Bawang Besar

5 Biji Bawang Putih

(di kisarkan sekali)

200 Gm Udang

100 Gm Petai

Sedikit Ikan Bilis

Sedikit Belacan

Sedikit Air Asam Jawa

Gula & Garam Sebagai Perasa

Minyak untuk menumis.

 

Cara-Cara: 

Tumiskan bahan yang dikisar tadi bersama ikan bilis dan petai sehingga garing, kemudian masukan sedikit belacan dan bahan perasa. Selepas itu masukan udang dan gaulkan sehingga sebati. Tambah sedikit air asam jawa untuk didihkan sebentar. Jika hendak masukan santan pon boleh dan letakan sedikit hirisan bawang besar. Senang je kan.. Selamat Mencuba.

#KitaSamaSamaKongsi

SETAHUN SEKALI BERJUMPA

Nak tanya korang dalam setahun berapa banyak kali korang jumpa kawan kawan sekolah/universiti kira kira macam majlis reunion la tak kesah la majlis besar ke majlis kecik ke atau terjumpa di kenduri kawen hahahahaa.

Tapi tak kesah la kan berapa banyak kali berjumpa ke tapi yang penting hubungan tu tak putus begitu sahaja. Macam aku jugak la setahun sekali ja dapat berkumpul ramai-ramai macam ni untuk batch aku semasa di Uitm Kedah. s yelaa ade yang duduk KL boleh la jumpa yang duk jauh susah sikit la.

IMG_0389

Bila berjumpa je haaa ade yang dah kawen ade yang dah beranak pinak dah. Mula sorang lepas tu berdua kini bertiga. Al kisahnya hahahahaha.  Baru baru dapat la peluang berjumpa dengan dorang ni. Majlis berbuka puasa di Pusat Alumni UM first time jugak datang sini. Meriah. So rata-rata memang semua dah dimiliki dan memiliki aku je yang solo.. eh solo ke hhahahahahahahahah.

IMG_0392

Thanks semua !! Jumpa lagi next reunion =)

Program Ziarah Ramadan

Selepas sibuk dengan aktiviti Hands untuk program #ShoppingRaya aku sibuk pulak dengan program CSR untuk company sendiri. Program CSR ini memang kami jayakan setiap kali tibanya musim perayaan macam Tahun Baru Cina, Hari Raya dan Deepavali. Alhamdulillah semalam satu lagi misi tanggungjawab sosial korporat berjaya di laksanakan. Program Ziarah Ramadan ini selain mengedarkan bubur lambuk di kawasan komuniti sekitar Seremban, kami juga memberikan sedikit bantuan kepada Rumah-rumah kebajikan yang terpilih.

IMG_0248.JPG

Semalam lebih kurang 1600 bekas bubur lambuk berjaya di edarkan  dan alhamdulillah selesai mengedarkan barulah hujan turun. Rahmat dari tuhan. Aktiviti edara bermula selepas jam 2 petang apabila skuad kenderaan yang bertugas dilepaskan. 8 skuad ini menuju ke lokasi yang telah ditetapkan. Aku pula mengikuti skuad VIP yyang menuju ke 2 buah rumah kebajikan Al-Khair dan Darul Aminan.

IMG_0260

IMG_0274.JPG

Di sana VIP berbesar hati menyampaikan sumbangan barang keperluan harian dan juga Duit Raya dan tidak dilupakan juga bubur lambuk. Terpancar kegembiraan anak anak ini bila terlihat ketibaan kami. Apabila selesai semua lokasi yang diedarkan kami semua ke Restoran di Seremban 2 untuk sesi iftar.

IMG_0250

IMG_0314

IMG_0317

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.

#KitaSamaSamaKongsi