PD KE RIBSOUT

Selalu kalau hari jumaat petang tak balik KL, mesti pi jogging ke Gym ke atau pergi tengok wayang. Tapi hari Jumaat haritu sebab ade kawan dari KL yang berkursus kat Seremban ajak la die pi lepak Port Dickson. Mula mula ingat nak makan makanan kat Foodtruck Mariam Fish&Chip tetapi tutup pulak. So juat meraya-rayau sahaja di Pantai Port Dickson tu sambil menyaksikan matahari terbenam. Haaaaa gitew menikmati panorama sangat.

IMG_8775
Sampan Ni memang Terbiar kat Pantai Saujana Port Dickson 

Kebetulan dah hampir sejam bersiar-siar di Port Dickson kawan aku tadi cakap ade kawan KL die on the way ke Seremban, minta di fetch dekat KTM Seremban. So kami pun bergegas pulang menuju ke Seremban Town nasib tak jem malam tu. Tunggu punya tunggu sampai la cik adik sorang ni. Well as orang Seremban mesti depa tanya nak lepak kat mana ni lapar boleh sembang-sembang. Aku pun mencadangkan untuk makan kat tempat baru ni. So masing masing setuju kita orang pon gerak la kesana.

RIBSOUT – MAKAN LAMBAK ATAS KERTAS

 

IMG_9484
Ihsan : Ribsout Ig

Hahahah heading ko meletop tak. Ni pon first time makan kat sini. Lokasi die kalau sesiapa yang tahu kedai makan Oriental City Park die terletak belakang kedai tu je. Waktu operasi start dari Jam 4petang . Memang tak sabar nak order yela sebab jakun kan selalu kita makan versi seefood tapi ni kita makan versi western pulak.

Well kat sini memang sajian die dari daging kambing la specialitya, semua jenis bahagian daging kambing ade dan jugak harga memnag berpatutan. Walaupun review ni tak berbayar tapi memang di suggestkan untuk datang ke sini. Nah tengok la menu-menu yang ada.

IMG_8798
Menu Pilihan 1 
IMG_8799
Menu Pilihan 2 

So malam hari tu aku dan kawan aku decide nak amik combo yang 3 orang makan ni. Ade Daging Kambing, Ayam, Sosej Ayam, Sayuran dan Fries yang boleh ditukarkan juga dengan nasi. Dan untuk air minum air masak laa uolss. Kata diet . Oh menurut abang yang ambil menu kami, seeloknya kalau nak makan sini order la awal buat call untuk reservation sebab ambil masa 20 minit untuk persiapan atau boleh je order menu kudap kudap sebelum menu utama sampai. So kita orang onion ring sahaja.

IMG_8802

IMG_8800
Sedapnya kan kan kan 

Memang 20 minit juga menunggu taraa dah sampai dah makanan yang kami pesan. Haaa apa lagi time untuk mencekik la.. Setelah hampir 20 minit maka selesai lah makanan tersebut dikorbankan di perut perut kami. Semua satisfied dengan makanan ni, gravy die memnag terbaik x cair sangat macam kebanyakan gravy yang lain. Memang berbaloi la untuk mencuba. Haaa kalau korang datang seremban2 Roger Roger je abang insyallah sampai la nanti.

IMG_8804
Tangan Yang Kekenyangan 

Dah melempiaskan nafsu perut di Ribsout kami ke Datarn Centrio di sati kafe ni untuk kopi kopi sehingga lam jam 11 malam. Dan 2 orang tadi balik ke KL dengan selamatnya abang? masih di Seremban sebab kerja esok hahahahaha. #KitaSamaSamaKongsi

IMG_8814
Menu Pilihan Kupu-Kupu Malam 

SCKLM2017 – LARIAN TERAKHIR

scKL

Hah? dah kenapa pulak terakhir? heheheh terakhir untuk kategori Fun Run so lepas raya ni kita kan concentrate untuk ambil kategori 10km/12km hahahaha but betul la, kalau kita tak cabar diri kita sendiri mana kita nak tahu kan. Ok berbalik pada cerita Standard Chartered Kuala Lumpur Marathon ini, acara ini memang saban tahun diadakan di ibu negara. Penyertaan nya jangan cakap la memang ramai bukan sahaja di Malaysia malah rakyat dari negara luar pun turut mengambil bahagian. Cara berlangsung pada 21 May iaitu jatuh pada hari Ahad.

IMG_8836

Ini acara larian ke 6 yang aku sertai selepas Chow Kit Run (klik sini) pada April lalu. Sebab memang target untuk tahun 2017 ni untuk ambil bahagian dalam larian setiap bulan 1 sahaja. Maka bertambah lah bilangan BIB, TShirt dan juga medal. Sabtu lepas sebelum larian semua kaan ambil kit larian di KL Convenction Centre. Memang sistematik sungguh cara pengendalian mereka ni memang betul tersusun so tak de sebarang masalah semasa mengambil barangan ni. Cuma bila sampai kat registration counter tu die scan die kata kit dah ambil terkujat jugak iolss kat situ. hahahahah bila die try scan balik baru ade. Dah kita pun ber HU Hu Hu di situ ye Cik Kak. Oh lagi satu masa nak ambil kit ni pon ya Allah dah macam pameran dah tengok banyak booth-booth bukak ade yang jual kasut dan barangan larian serta kelengkapan sukan yang lain.

IMG_8865

Keesokan harinya dalam jam 7.30 pagi dah bertolak ke Sogo dengan menaiki LRT dari Pandan Jaya menuju ke stesen Bandaraya. Bila turun je di Bandaraya dah nampak lautan manusia tengah berlari di sekitar Jalan Kuching memang kau teruja la walaupun kau hanya berlari untuk 5km sahaja. hahahaha.

IMG_8915

Saat kami dilepaskan kira kira jam 830 pagi teruja pulak dengan larian kali ini sebab memang ni acara larian yang dinantikan oleh semua. Kali ini route memang best sebab tak de mendaki hahahaha tapi sampi di KM3 hujan mula turun lenjun jugak laa tapi semua teruskan berlari. Lebih kurang 40minit selepas itu sampai la ke garisan penamat well sekali memang patut dipuji organizer ni memang smooth sahaja perjalanan dari awal sampai la nak ambil medal.

IMG_8924

IMG_8953

IMG_8957Tiap bulan aku join larian aku cuba try untuk renew personnel time so far alhamdulillah aku berjaya. Tak payah la cite lelebih tengok je gambar gambar aksi di STANDARD CHARTERED KUALA LUMPUR MARATHON 2017 ni 😄🏃🏻💦 Jumpa next Run Julai nanti ROCKSTAR RUN di Putrajaya.

IMG_8965

IMG_9030

RAAZ2953

IMG_9017

#KitaSamaSamaKongsi

MAESTRO SENI 30 TAHUN AUBREY SUWITO

Malam Sabtu yang lepas, saya berkesempatan menonton konsert di Dewan Philharmonik Petronas KLCC. Persembahan malam itu menampilkan komposer dan penerbit muzik terkenal Malaysia Aubrey Suwito. Persembahan dua malam ini yang bermula Jumaat lalu mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan dari pengemar muzik Malaysia.

IMG_8870

Aubrey memulakan kerjayanya dengan mencipta lagu-lagu berbentuk iklan komersial ‘jingle’ dan mula mendapat perhatian setelah menerbitkan Album Casey – Seribu Impian di awal tahun 90’an. Aubrey juga boleh dikatakan antara yang menaikkan nama Jaclyn Victor dengan lagu Gemilang yang juga pernah merangkul Anugerah Juara Lagu. Beliau juga amat sinonim dengan penerbitan lagu dan album kepada penyanyi kebanggan Malaysia Dato Siti Nurhaliza sehingga pernah memenangi ALBUM TERBAIK & SUSUNAN MUZIK TERBAIK DALAM LAGU di AIM melebihi 3kali .

Meraikan 30 tahun Aubrey dalam muzik Malaysia, Aubrey meraikan malam bersejarah ini dengan mengadakan Konsert Aubrey Suwito & Friends dengan dengan di iringi Malaysia Philharmonic Orchestra juga rakan artis yang pernah mendapat sentuhan emas Aubrey antaranya Dayang Nurfaizah, Sean Ghazi, Jaclyn Victor, Faizal Tahir dan penampilan istimewa Dato Siti Nurhaliza pada malam terakhir konsert.

IMG_8875

Dayang Nurfaizah tampil dengan lagu Sedingin Mana Cintamu dan Layarlah Kembali dari album barunya (klik) di set pertama. Seterusnya Dayang tampil dengan lagu Awan yang terpilu di set ke dua. Hampir terbuai mendengar nyanyian Dayang yang penuh merdu dan syahdu masakan tidak, Dayang juga pemenang Vokal Terbaik AJL 3kali berturut-turut.

IMG_8880

Sean Ghazi nama yang agak asing di arena muzik mainstream namun Sean Ghazi antra penyanyi yang sering mendapat jemputan bagi persembahan VIP dan Istana. Sean tampil dengan lagu Tanah Pusaka dan juga Menatap Dalam Mimpi nyanyian asal Dato Siti. Menurut Aubrey walaupun tidak pernah menerbitkan lagu untuk Sean lagu Menatap Dalam Mimpi ini berjaya di sampaikan Sean dengan baik.

Lagu Gemilang, sebuah lagu yang berjaya menaikan nama Jaclyn Victor selepas kemenanan beliau di Malaysia Idol musim pertama dan pada malam itu juga Jaclyn menyampaikan lagu itu dengan baik sekali walau sedang hamil anak ke 2. Menurut Jac sendiri lagu ini adalah lagu berhantu dan sering mendapat permintaan ketika beliau menjayakan sebarang persembahan pentas. Jaclyn juga turut menyampaikan 2 buah lagu lain ciptaan Aubrey yang jarang di dengar di radio iaitu sebuah lagu inggeris Counting Days dan Senandung Beradu.

Dan pada malam terakhir, penonton sangat bertuah kerana  ada persembahan istimewa dari Dato Siti Nurhaliza. Aubrey mula bekerjasama dengan Siti bermula dengan Konsert beliau yang pertama di Bukit Jalil sekitar October 1999 dan sehingga kini Aubrey memainkan peranan penting dalam setiap penerbitan album Siti. Malam itu juga penonton dihidangkan dengan lagu terbaru beliau Bersandar Cinta dari album terbaru ke 17 SimetriSiti (klik) yang sudah pun memasuki pasaran tanggal 10 Mei yang lalu.

IMG_8907

Menutup persembahan pada malam itu, ialah penyanyi yang menerima jolokan SUPERMAN iaitu Faizal Tahir, sebelum itu Faizal muncul di set pertama dengan lagu Bohemian Rhapsody dan di set kedua dengan lagu Hujan dendangan asal Dato Sudirman dan lagu Gemuruh pada penutup konsert berkenaan. Sebagai seorang penonton yang datang menyaksikan persembahan pada malam itu saya amat teruja dan puas dengan konsert tersebut semuanya nampak cantik kecuali sewatu persembahan Dato Siti Nurhaliza ade kesilapan teknikal pada mikrofon beliau namun ia tidak sekali pun mencacatkan persembahan beliau. Aubrey  please buat lagi konsert macam ni dan tahniah buat semua Aubrey and team, Malaysia Philharmonic Orchestra, barisan penyanyi jemputan.

Malam itu juga ada antara rakan artis yang kelihatan seperti Salamiah Hassan, Adibah Noor dan Ezlyn dan juga rakan yang lain. Sekian #kitaSamaSamakongsi

Oh lupa pulak. Macam mana nak dengar versi full semua lagu dalam konsert ni? Jawapan die kena la tunggu album ini diterbitkan nanti =). #KitaSamaSamaKongsi