SEGALA PERASAAN

18194664_10208587199268441_8876431166053107995_n
Ihsan : Universal Music Malaysia & SNP

Yang dinanti-nantikan sudah pon tiba, inilah dia buah tangan terbaru dari Penyanyi Pujaan Jelata – Dato’ Siti Nurhaliza dengan single terbarunya Segala Perasaan yang masih panas lagi di semua medium stream muzik bermula 28 April ini.

Lagu hasil ciptaan komposer Indonesia Ivan Lahardika dan penerbit Aubrey Suwito juga bakal di muatkan dalam Album terbaru Dato’ Siti yang diberi judul SimetriSiti yang bakal menjengah pasaran pada May nanti.

IMG_8130
Gambar Single Segala Perasaan ini juga akan menjadi Cover Kulit Album SimetriSiti yang dijangka akan dipasarkan 10 May 2017

Okai dah beli dah kat Itunes hehehe layan dengar banyak kali tup tup dah jadi No1 carta iTunes yang xbeli lagi tu gi la beli di saluran yang betul na 😄

Khabarnya Video klip lagu berkenaan akan dilancarkan pada 5 Mei ini bersempena juga pelancaran Album terbaru beliau. Berita ini di kongsi oleh Rozi Abd Razak selaku wakil bagi pengurusan SNP di laman Facebook dan Instagram beliau.

IMG_8117
Dari Wakil Pengurusan SNP

Tak sabar rasanya nak tengok aksi Dato Siti yang khabarnya menjadi Adiwira dalam videoklip berkenaan. So kene laa tunggu 😄

Khabarnya pihak Universal Music telah membuat satu pertandingan untuk memenangi pas ke Pelancaran Single ini silalah masuk mana tahu anda mungkin yang bertuah 👍

#KitaSamaSamaKongsi

Advertisements

BALADA DAYANG

IMG_7830
COVER ALBUM DAYANG

Tahniah kepada Dayang Nurfaizah kerana baru sahaja melancarkan Album terbaru beliau yang menggunakan namanya DAYANG NURFAIZAH. Memuatkan 10 buah lagu dan 3 Bonus track versi live AJL untuk 3 Buah lagu Di Pintu Syurga, Tak Pernah Menyerah & Lelaki Teragung.

 10 Buah Lagu Balada – 7 Lagu Baru

IMG_7833
Album Dayang Serba Hitam

Menurut Dayang Album ini merupakan hadiah buat peminat yang sebelum ini bertanyakan kepada beliau bilakah beliau akan mengeluarkan Album dan Alhamdulilah tahun 2017 menyaksikan satu lagi catatan istimewa buat Dayang pada karier yang menjangkau 18 tahun dalam industri muzik Malaysia.

IMG_7794
Rasa Tinggi Macam KlCC Martabat Album Ini

Album ini turut menampilkan komposer terkenal tanahair antaranya Aubrey Suwito (Layarlah Kembali) Ajai (Usah Di Bilang Cinta/Separuh Mati Ku Bercinta) Ezra Kong (Dia) Hazami (Takdir) Aizat (Dalam Diam) Epul Drama Band (Nanti) dan 3 Buah lagu yang popular sebelum ini hasil ciptaan Tam Spider (Di Pintu Syurga) Akid ( Tak Pernah Menyerah) Natasha (Lelaki Teragung).

SHOWCASE – MATIC JALAN AMPANG

IMG_7829
Tiket Showcase Khabarnya Sold Out

Sejurus melancarkan album pada petangnya, Dayang tampil menghiburkan peminat di MATIC JALAN AMPANG dengan Album Showcase  bermula jam 9 Malam.  Kira kira lebih 300 orang memeriahkan showcase yang buat julungkali diadakan. Tampil dengan lagu Hakikat Cinta pada permulaan persembahan  Dayang turut berkongsi keterujaan beliau tentang penghasilan Album baru ini.

IMG_7780
Dayang Anggun Mengenakan Persalinan Dari Dato’ Rizalman

Sepanjang hampir  2 jam persembahan, Dayang menyanyikan kesemua lagu baru dari album terbarunya. Menurut Dayang lagu lagu dari Albumnya ini adalah rakaman dari tahun 2014 dan yang terakhir pada 2017 lagu Takdir Ciptaan Hazami. Pada malam itu juga Dayang tidak henti mengucapkan terima kasih kepada semua yang selama ini menyokong kerjaya beliau sehingga meletakan beliau di tahap ini. Acapkali beliau menyebut berasa gementar untuk membuat persembahan ternyata ia langsung tidak sikit pon mencacatkan persembahan beliau yang sangat luar biasa.

IMG_7793
Barisan Komposer & Penulis Lirik

Peminat Dayang yang hadir pada malam itu berpeluang mengambil gambar bersama Dayang dalam sesi Meet &Greet selepas persembahan. (Tapi iolss Dah Balik). Untuk makluman juga album ini juga menjadi Trending di Itunes dan sebagai satu-satunya Album melayu yang laris di Itunes. WOW.

Komen:

  1. Album ni memang best tak mustahil boleh menang album terbaik untuk AIM akan datang, baik dari segi lagu, arrangement dan semua produksi untuk album ini. Tahniah Dayang.
  2. Pemilihan lagu Separuh Mati ku Bercinta sebagai single ke2 amatlah sesuai dan bertepatan siapa mahu menidakkan naskah agung dari Ajai ini mana tahu lagi ini mungkin di angkat sebagai Juara Lagu akan datang. Klik sini untuk review lagu baru Dayang.
  3. Album yang memuatkan kesemua Lagu Balada ini memang sesuai dengan suara lemak merdu Dayang yang telah memenangi 3 kali berturut-turut untuk kategori Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu.
  4. Showcase malam hari tu memang best dan memang puas hati sungguh memang berbaloi beli tiket =) Khabarnya Dayang akan bersama-sama Aubrey Suwito di Malaysia Philharmonic Orchestra sempena dengan Aubrey Suwito And Friends 19& 20 May ini. Jangan lepaskan peluang menonton ade juga Faizal Tahir dan Jaclyn Victor.

#KitaSamaSamaKongsi

p/s: tak sabar pulak nak tunggu Album baru Dato Siti Nurhaliza – #SimetriSiti

 

#KitaSamaSamaKongsi – Lagu Baru

#KitaSamaSamaKongsi

IMG_7613.PNG
Playlist Yonder 

Lagu baru apa yang korang dah dengar. Berikut sedikit perkongsian lagu lagu baru yang akan memanaskan radio radio di Malaysia.

1. Separuh Mati Aku Bercinta-Dayang Nurfaizah

IMG_7602
Credit Pic: @dayangsayangkamu IG

Lagu ciptaan Ajai ini bakal di muatkan dalam Album terbaru Dayang yang akan di lancarkan secara fizikalnya pada 18 April ini. Abang dah siap beli tiket dik untuk showcase Dayang ni tak sabar rasanya. Lagu ini mengangkat kembali kolobrasi Dayang dan Ajai melalui lagu Seandainya Masih Ada Cinta yang pernah menjadi Fenomena suatu ketika dulu. Boleh streaming lagu ini di stream lagu lagu percuma Spotify, Yonder dan dll.

2. Boneka – Dato’ Sheila Majid

IMG_7601
Photo Credit: @missmajid IG

Hampir berapa tahun Lagenda Jazz ini tidak mengeluarkan Album namun tahun ini peminat kesayangan ratu jazz tidak akan melepaskan peluang untuk mendapatkan Album terbaru beliau. Single BONEKA menjadi taruhan kali ini. Muzik yang sungguh segar dan tak jemu di dengar. Oh Dato Sheila Majid juga bakal muncul untuk satu Konsert Berskala besar di Stadium Negara Ogos nanti pastikan yang meminati beliau boleh laa mendapatkan tiket sebelum kehabisan . Nanti layan ok lagu BONEKA

Sekian.