HARI MALAYSIA – DI PUNCAK

sphmbanner

Pelan awal pada hari Malaysia minggu lepas nak berlari di Sungai Petani sempena SP Half Marathon, namun atas sebab yang tidak dapat dielakkan event pada hari tersebut terpaksa di tunda pada 23 September ini. Ini kerana kerajaan negeri Kedah sedang berkabung selama seminggu atas kemangkatan KDYMM Sultan Kedah Darul Aman, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah. Alfatihah.

21479952_2021608364726056_2127117883744976896_n

Malam 15 September tu aku ke Penang dengan menaiki flight, kisahnya pulak flight aku 3 kali delay, hahaha angin aku sampai penang dekat 1230 malam pisang kawan aku tunggu kat airport. Ok sampi rumah dalam 1 lebih memang tak larat terus ja la tido. Oh sempat juga plan dengan die ngan pergi hiking ke-esokan paginya.

Pagi tu lebioh kurang jam 8 pagi aku dan member aku gerak ke Bukit Mertajam atau kawasan die Choruq Tokun kat situ ade sebuah bukit yang selalu jugak orang datang hiking and memang. Waktu aku sampai situ memang banyak kereta yang duk parking tambahan ade pulak event sempena dengan Hari Sungai.

IMG_5287

Kami memulakan perjalan mendaki ke atas bukit tu lebih kurang jam 845 pagi. Pergh agak mencabar jugakla bukit ni jauh lebih mencabar daripada bukit yang bertrek kat kl ni. lepas satu jam baru sampai Check point yang orang berhenti untuk buang air dan berehat. Lepas tu kami naik semula ke atas sampai la kami jumpa open deck yang dapat lihat Empangan Mengkuang. Ya Allah cantiknya. Memang hilang penat terus nampak pemandangan kat sini.

IMG_5259

 

IMG_5258

Lebih kurang 20 minit jugak la kita orang duduk kat sini posing-posing bagai ahhahahah. Then kita orang meneruskan perjalan naik ke puncak dalam setengah jam lagi. hahahahah Penat wei !! Dah sampai puncak pose lagi la apa lagi ahahahahaha.

IMG_5261

Well dah dekat 2o minit jugak kita orang lepak rehat kat atas ni. MAsanya untuk kita turun. Naik satu hal, turun pun satu hal!! hahahahahahaha serious wei terasa urat urat ko meregang habis ahhahahaha . Sampai je kat bawah tu kita orang pun singgah singah di tapak pameran kat bawah ni.

 

So dah habis ronda aku pun balik, kat luar kawan aku tunjuk bukit yang aku naik tadi tu wowww macam tak percay aje wei aku sampai ke puncak bukit nie, Bahahahahah

#KitaSamaSamaKongsi

IMG_5389

Advertisements

BUKIT KETUMBAR – ADE CIK B

BUKIT KETUMBAR, JALAN KUARI CHERAS

Malam semalam masa layan AME2017 saja text kawan kawan KL tanya apa plan hari ni nasib ade yang respon nak pergi HIKING so apa lagi join le. So pagi tadi jam7pagi gerak sesama kat PETRON MRR2 first time gak nak pergi sini tapi tak de la jauh mcm Broga dekat je ngan Ampang.

IMG_8043

Sampai kat sini tengok parking penuh tapi nasib ade open space parking tapi kene bayar la. Dah parking and streching kami mulakan pendakian kami ha nak baik bukit ni ja taraaaa terkejut tengok papan tanda amaran keras.

IMG_7999

Hahahahaha nak gelak pon ade di buatnya. Ade 2 jalan nak naik bukit ni nasib ade sorang kawan ni dah pergi so die la tunjuk Jalan.

Trail die ni tak de laa mencabar sangat. Rata rata aku tengok pakcik pakcik ni pon kemain hiking so memang senang la kot. Dah naik bukit ni kene la menikmati keindahan ciptaan Alam semulajadi kan. Hehehe Bila dekat setengah jam ko dah mendaki maka sampai la ko ke checkpoint pertama untuk ambil gambar. Tapi ko kene panjat menanjat sikit hahahahah memang wajib amik gambar macam ni.

IMG_7977

IMG_8183

IMG_8193IMG_8199

Lepas 10-20min ambil gambar dan melepaskan penat lelah meneruskan perjalan untuk ke kawasan landai. Dah sampai pon ade la aktiviti riadah nakbuat kat atas ni. Berbalik pada papan tanda tadi sepatutnya anda berjumpa dengan CikB ni kat kawasan ni tapi rezeki tak berpihak pada kami so tak jumpa bahahahahahahah.

Kami teruskan je perjalanan untuk turun dalam 30-40minit dah sampai bawah. Dapatla burn 500++ kalori hari ni dari tak buat apa kan pagi ni.

Komen:

1. Tak susah sangat hiking sini tak macam Broga dan Saga tapi memang best sebab view

2. Untuk mengelakan CIKB berjumpa anda, pastikan anda tidak membawa sebarang makanan ye bahahahahaha takot di sondol nanti.

3. Pastikan streching dulu sebelum naik takot cramp plak. hehehehe

okai. #KitaSamaSamaKongsi