MAESTRO SENI 30 TAHUN AUBREY SUWITO

Malam Sabtu yang lepas, saya berkesempatan menonton konsert di Dewan Philharmonik Petronas KLCC. Persembahan malam itu menampilkan komposer dan penerbit muzik terkenal Malaysia Aubrey Suwito. Persembahan dua malam ini yang bermula Jumaat lalu mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan dari pengemar muzik Malaysia.

IMG_8870

Aubrey memulakan kerjayanya dengan mencipta lagu-lagu berbentuk iklan komersial ‘jingle’ dan mula mendapat perhatian setelah menerbitkan Album Casey – Seribu Impian di awal tahun 90’an. Aubrey juga boleh dikatakan antara yang menaikkan nama Jaclyn Victor dengan lagu Gemilang yang juga pernah merangkul Anugerah Juara Lagu. Beliau juga amat sinonim dengan penerbitan lagu dan album kepada penyanyi kebanggan Malaysia Dato Siti Nurhaliza sehingga pernah memenangi ALBUM TERBAIK & SUSUNAN MUZIK TERBAIK DALAM LAGU di AIM melebihi 3kali .

Meraikan 30 tahun Aubrey dalam muzik Malaysia, Aubrey meraikan malam bersejarah ini dengan mengadakan Konsert Aubrey Suwito & Friends dengan dengan di iringi Malaysia Philharmonic Orchestra juga rakan artis yang pernah mendapat sentuhan emas Aubrey antaranya Dayang Nurfaizah, Sean Ghazi, Jaclyn Victor, Faizal Tahir dan penampilan istimewa Dato Siti Nurhaliza pada malam terakhir konsert.

IMG_8875

Dayang Nurfaizah tampil dengan lagu Sedingin Mana Cintamu dan Layarlah Kembali dari album barunya (klik) di set pertama. Seterusnya Dayang tampil dengan lagu Awan yang terpilu di set ke dua. Hampir terbuai mendengar nyanyian Dayang yang penuh merdu dan syahdu masakan tidak, Dayang juga pemenang Vokal Terbaik AJL 3kali berturut-turut.

IMG_8880

Sean Ghazi nama yang agak asing di arena muzik mainstream namun Sean Ghazi antra penyanyi yang sering mendapat jemputan bagi persembahan VIP dan Istana. Sean tampil dengan lagu Tanah Pusaka dan juga Menatap Dalam Mimpi nyanyian asal Dato Siti. Menurut Aubrey walaupun tidak pernah menerbitkan lagu untuk Sean lagu Menatap Dalam Mimpi ini berjaya di sampaikan Sean dengan baik.

Lagu Gemilang, sebuah lagu yang berjaya menaikan nama Jaclyn Victor selepas kemenanan beliau di Malaysia Idol musim pertama dan pada malam itu juga Jaclyn menyampaikan lagu itu dengan baik sekali walau sedang hamil anak ke 2. Menurut Jac sendiri lagu ini adalah lagu berhantu dan sering mendapat permintaan ketika beliau menjayakan sebarang persembahan pentas. Jaclyn juga turut menyampaikan 2 buah lagu lain ciptaan Aubrey yang jarang di dengar di radio iaitu sebuah lagu inggeris Counting Days dan Senandung Beradu.

Dan pada malam terakhir, penonton sangat bertuah kerana  ada persembahan istimewa dari Dato Siti Nurhaliza. Aubrey mula bekerjasama dengan Siti bermula dengan Konsert beliau yang pertama di Bukit Jalil sekitar October 1999 dan sehingga kini Aubrey memainkan peranan penting dalam setiap penerbitan album Siti. Malam itu juga penonton dihidangkan dengan lagu terbaru beliau Bersandar Cinta dari album terbaru ke 17 SimetriSiti (klik) yang sudah pun memasuki pasaran tanggal 10 Mei yang lalu.

IMG_8907

Menutup persembahan pada malam itu, ialah penyanyi yang menerima jolokan SUPERMAN iaitu Faizal Tahir, sebelum itu Faizal muncul di set pertama dengan lagu Bohemian Rhapsody dan di set kedua dengan lagu Hujan dendangan asal Dato Sudirman dan lagu Gemuruh pada penutup konsert berkenaan. Sebagai seorang penonton yang datang menyaksikan persembahan pada malam itu saya amat teruja dan puas dengan konsert tersebut semuanya nampak cantik kecuali sewatu persembahan Dato Siti Nurhaliza ade kesilapan teknikal pada mikrofon beliau namun ia tidak sekali pun mencacatkan persembahan beliau. Aubrey  please buat lagi konsert macam ni dan tahniah buat semua Aubrey and team, Malaysia Philharmonic Orchestra, barisan penyanyi jemputan.

Malam itu juga ada antara rakan artis yang kelihatan seperti Salamiah Hassan, Adibah Noor dan Ezlyn dan juga rakan yang lain. Sekian #kitaSamaSamakongsi

Oh lupa pulak. Macam mana nak dengar versi full semua lagu dalam konsert ni? Jawapan die kena la tunggu album ini diterbitkan nanti =). #KitaSamaSamaKongsi

Advertisements

SimetriSiti – Hilang Seri Siti?

SimetriSiti – Saya Tak Puas

Meminati tak semestinya tak boleh mengkritik kan namun kalau kritikan itu membina dan boleh dijadikan suatu panduan pada masa yang akan datang insyallah. Saya juga antara ribuan yang menyokong kerjaya beliau setiap Album baru dan persembahannya insyallah saya pasti dapatkan dan hadirkan diri.

IMG_8572
Di Pasarkan 10 May – Album bagi Kulit Album ini habis ditempah di lazada

SimetriSiti buah tangan terbaru beliau, memang teruja untuk dapatkan yang satu ni walhal saya juga turut mendapatkannya untuk dijadikan koleksi terbaru, Alhamdulillah kulit album yang terhad ini berjaya saya miliki kerana hampir 20 minit album ini telah habis di tempah di Lazada (klik sini). Kulit Album nya memang wajib dipuji lain dari yang lain, bait bait nukilan dalam setiap gambar ade dedikasi khas buat semua yang menjadi tulang belakang kemahsyuran insan bernama Siti Nurhaliza. Moga sangkut untuk kategori Kulit Album terbaik di AIM nanti.

Setelah mendengar lebih dari 3 hari selepas ia dilancarkan melalui platform digital mahupun fizikal tidak puas rasanya tidak terkesan dan hampir tidak melekat di otak berbanding Album Fragmen dan Transkripsi yang juga pernah memenangi Album Terbaik. Susah dihadam walau berkali cuba untuk mendengar. Hanya  5 -6 lagu sahaja. Bukannya tidak bagus mungkin lambat sikit kot nak masuk😄. Ini dia lagu yang secara peribadi yang saya suka dan terimalah pendapat ini dengan keterbukaan.

IMG_8571

BERSANDAR PADA CINTA
Aubrey Suwito/Ad Samad

Ini daripada pandangan peribadi saya, saya suka susunan muzik dan bait bait liriknya memang kena diletakan pada track permulaan. Siapa yang ingin menidakkan kehebatan komposer terkenal ini, lagunya pasti ada magisnya sendiri ditambah dengan iringan okestra makin padu! Liriknya saya berpendapat menceritakan tentang CINTANYA terhadap perkara yang dilakukanya sekarang iaitu menjadi seorang penghibur sebab semua yang dilakukan BERSANDAR KEPADA CINTA tak mustahil lagu ini boleh menang susunan muzik terbaik. Khabarnya lagu ini akan dijadikan Single Ke2 nanti. Video muziknya pun sudah dilancarkan.

PENGHIBURKU
DATO SITI NURHALIZA/ JOE FLIZZOW (RAP)

Lagu dedikasi khas buat peminat muzik yang baru segar dan terkini saya pasti memang mudah diterima lirik yang tidak berat dan bersahaja memang mudah melekat dan sekejap sahaja boleh dilagukan bersama terutama part hey hey hey tu…. namun sesekali terdengar bisik bisik orang lain yang mengatakan lagu ini persis Ed Sheeran – Shape Of You dan Yuna entah laaa janji layan 😄

AKU BUKAN MALAIKAT
OPICK

Sempena menanti bulan Ramadan ini pasti lagu ini sesuai dijadikan lagu runut bunyi bagi drama dan telefilem juga dipersembahkan ketika waktu bulan puasa. Senikata dan susunan muzik yang sangat indah dan pembawakan vokal Dato Siti memang cukup mengasyikan. Memang kesukaan saya.

KISAH KU INGINKAN
IVAN LAHARDIKA/KANTJIL

Setelah Cakhra Khan untuk Seluruh Cinta kali ini duet bersama Judika juga antara penyanyi Indonesia yang mempunyai vokal yang hebat lihat sahaja persembahan Dato Siti dan Judika di sesi APM yang lalu. Lagu ini saya rasa lebih sesuai diangkat menjadi single pertama berbanding Segala Perasaan juga dari pencipta lagu yang sama agak terkilan juga tapi mungkin Universal dan SNP ade perancangan mereka sendiri.

IMG_8573.JPG

TAK PERLU RAGU
ADE GOVINDA

Lagu yang cukup sweet dan indah memang sesuai untuk latar majlis perkahwinan. Selepas taruhan Ade melalui terbaik bagimu menjadi hits mungkin suatu hari lagu ini juga akan di angkat sedemikian. Senyum sorang sorang dengar lagu ini. Aku tercipta layak bagai hawa temani adam di dunia 😍

KAU TAKDIRKU
MOHARIZ YAAKUP/HABSAH HASSAN

Tengok komposer dan penulis lirik semua dah tahu mereka ini adalah dikalangan otai industri muzik sapa mahu menidakan karya karya mereka ini. Lagu ini juga menjadi kesukaan saya elemen moden disuntik dalam irama balada pop yang memang menjanjikan sesuatu yang sedap didengar. Muzik dan lirik dan vokal yang seteru dan berpadu dalam lagu ini.  lagu ini juga punya JIWA kalau betul betul anda mendalami. Cuba dengar berkali-kali pasti tak jemu.

HIASI DUNIAKU
SID MURSHID

Muzik yang segar dan lain. Fast number ni memberi impak sangat berkesan bagi penutup katalog album ini. Juga menjadi kesukaan saya dan tak perlu juga untuk skip track bila lagu di Track 8,9, dan 10 ini sangat mesra telinga.

LAGU LAIN- bukan tak bagus tapi macam yang saya katakan tadi tak mudah hadam dek rasa, tak melekat di fikiran mungkin dah terbiasa dengan impak lagu lagu hits Dato Siti yang mencapai piawaian standard saya. Setiap orang lain citarasanya, lain halwa telinga nya tapi tak perlu memburukan dan menjatuhkan karya karya yang lain. Hari hari duk dengar balik mana tau meresap perlahan-lahan😃

Dato Siti juga bakal membuat persembahan di Malaysia Phillharmonik Ochestra bersama Aubrey Suwito 20 May ini sempena ulangtahun 30 Aubrey dalam industri. Jangan lupa dapatkan tiket😄

IMG_8693.PNG
Ihsan: IG @ctdk

AIM CALON-CALON SEMUA DAH NAMPAK TAPI PEMENANG TAK TAHU LAGI

ANUAR ZAIN
FAIZAL TAHIR
MALIQUE
DATO SHIELA MAJID
DAYANG NURFAIZAH
DATO SITI NURHALIZA

Hanya terbaik bakal diiktiraf.

psst: Tertanya-tanya jugak Komposer Ajai, Helen Yap, Azmeer, LY dah tak nak bagi lagu lagi ke kat Dato Siti? 🤔

#KitaSamaSamaKongsi

SimetriSiti – Eksklusif Di Lazada

SIMETRISITI

Untitled
Tempahan awal sudah pun dibuka di Lazada

Seperti goreng pisang panas kesan nya apabila album studio ke 18 Dato’ Siti Nurhaliza mula dibuka untuk tempahan di Lazada. Rata-rata peminat menunggu dari detik jam 12 malam 5 May untuk mendapatkan album terbaru figura terhebat Malaysia ini. Album yang sepatutnya menjengah pasaran pada 10 May ini mula mendapat perhatian sejurus sahaja Dato’ Siti Nurhaliza memuat naik gambar-gambar belakang tabir ketika pengambaran kulit album terbaru beliau menerusi laman instagram nya @ctdk.

Untuk makluman, bagi sesiapa yang membuah tempahan awal di Lazada mereka bakal mendapat Album Eksklusif SimetriSiti yang hanya di cetak untuk 300 orang yang pertama sahaja beserta 3 keping poskad di dalamnya dan pembeli 301 dan keatas hanya akan mendapat Album baru tersebut dengan kulit muka yang berbeza.

4eaadee87fa68a790508e2700ddb3afc
Ihsan Lazada: Eksklusif Hanya 300 unit sahaja untuk kulit Album ini (Baju Rizman Ruzaini)

UPDATE TERKINI SEHINGGA 12.OOTGH 5/5/2017 – Album Eksklusif 300 Unit ini habis di tempah. Boleh buat belian untuk CD Album yang biasa seperti di bawah.

8048f22b7bab6ef330ca050064c0ae9c
Ihsan Lazada: Kulit Album bagi 301 Unit yang ditempah (Baju dari Jovian Mandagie)

Well saya pun tidak melepaskan peluang membuat tempahan awal untuk mendapatkan album yang sangat dinanti-nantikan ini. Adakah album ini mampu melawan Album Dayang Nurfaizah yang baru sahaja juga dilancarkan  (klik sini Album Dayang) sama sama kita nantikan!

#KitaSamaSamaKongsi

SEGALA PERASAAN

18194664_10208587199268441_8876431166053107995_n
Ihsan : Universal Music Malaysia & SNP

Yang dinanti-nantikan sudah pon tiba, inilah dia buah tangan terbaru dari Penyanyi Pujaan Jelata – Dato’ Siti Nurhaliza dengan single terbarunya Segala Perasaan yang masih panas lagi di semua medium stream muzik bermula 28 April ini.

Lagu hasil ciptaan komposer Indonesia Ivan Lahardika dan penerbit Aubrey Suwito juga bakal di muatkan dalam Album terbaru Dato’ Siti yang diberi judul SimetriSiti yang bakal menjengah pasaran pada May nanti.

IMG_8130
Gambar Single Segala Perasaan ini juga akan menjadi Cover Kulit Album SimetriSiti yang dijangka akan dipasarkan 10 May 2017

Okai dah beli dah kat Itunes hehehe layan dengar banyak kali tup tup dah jadi No1 carta iTunes yang xbeli lagi tu gi la beli di saluran yang betul na 😄

Khabarnya Video klip lagu berkenaan akan dilancarkan pada 5 Mei ini bersempena juga pelancaran Album terbaru beliau. Berita ini di kongsi oleh Rozi Abd Razak selaku wakil bagi pengurusan SNP di laman Facebook dan Instagram beliau.

IMG_8117
Dari Wakil Pengurusan SNP

Tak sabar rasanya nak tengok aksi Dato Siti yang khabarnya menjadi Adiwira dalam videoklip berkenaan. So kene laa tunggu 😄

Khabarnya pihak Universal Music telah membuat satu pertandingan untuk memenangi pas ke Pelancaran Single ini silalah masuk mana tahu anda mungkin yang bertuah 👍

#KitaSamaSamaKongsi