MAESTRO SENI 30 TAHUN AUBREY SUWITO

Malam Sabtu yang lepas, saya berkesempatan menonton konsert di Dewan Philharmonik Petronas KLCC. Persembahan malam itu menampilkan komposer dan penerbit muzik terkenal Malaysia Aubrey Suwito. Persembahan dua malam ini yang bermula Jumaat lalu mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan dari pengemar muzik Malaysia.

IMG_8870

Aubrey memulakan kerjayanya dengan mencipta lagu-lagu berbentuk iklan komersial ‘jingle’ dan mula mendapat perhatian setelah menerbitkan Album Casey – Seribu Impian di awal tahun 90’an. Aubrey juga boleh dikatakan antara yang menaikkan nama Jaclyn Victor dengan lagu Gemilang yang juga pernah merangkul Anugerah Juara Lagu. Beliau juga amat sinonim dengan penerbitan lagu dan album kepada penyanyi kebanggan Malaysia Dato Siti Nurhaliza sehingga pernah memenangi ALBUM TERBAIK & SUSUNAN MUZIK TERBAIK DALAM LAGU di AIM melebihi 3kali .

Meraikan 30 tahun Aubrey dalam muzik Malaysia, Aubrey meraikan malam bersejarah ini dengan mengadakan Konsert Aubrey Suwito & Friends dengan dengan di iringi Malaysia Philharmonic Orchestra juga rakan artis yang pernah mendapat sentuhan emas Aubrey antaranya Dayang Nurfaizah, Sean Ghazi, Jaclyn Victor, Faizal Tahir dan penampilan istimewa Dato Siti Nurhaliza pada malam terakhir konsert.

IMG_8875

Dayang Nurfaizah tampil dengan lagu Sedingin Mana Cintamu dan Layarlah Kembali dari album barunya (klik) di set pertama. Seterusnya Dayang tampil dengan lagu Awan yang terpilu di set ke dua. Hampir terbuai mendengar nyanyian Dayang yang penuh merdu dan syahdu masakan tidak, Dayang juga pemenang Vokal Terbaik AJL 3kali berturut-turut.

IMG_8880

Sean Ghazi nama yang agak asing di arena muzik mainstream namun Sean Ghazi antra penyanyi yang sering mendapat jemputan bagi persembahan VIP dan Istana. Sean tampil dengan lagu Tanah Pusaka dan juga Menatap Dalam Mimpi nyanyian asal Dato Siti. Menurut Aubrey walaupun tidak pernah menerbitkan lagu untuk Sean lagu Menatap Dalam Mimpi ini berjaya di sampaikan Sean dengan baik.

Lagu Gemilang, sebuah lagu yang berjaya menaikan nama Jaclyn Victor selepas kemenanan beliau di Malaysia Idol musim pertama dan pada malam itu juga Jaclyn menyampaikan lagu itu dengan baik sekali walau sedang hamil anak ke 2. Menurut Jac sendiri lagu ini adalah lagu berhantu dan sering mendapat permintaan ketika beliau menjayakan sebarang persembahan pentas. Jaclyn juga turut menyampaikan 2 buah lagu lain ciptaan Aubrey yang jarang di dengar di radio iaitu sebuah lagu inggeris Counting Days dan Senandung Beradu.

Dan pada malam terakhir, penonton sangat bertuah kerana  ada persembahan istimewa dari Dato Siti Nurhaliza. Aubrey mula bekerjasama dengan Siti bermula dengan Konsert beliau yang pertama di Bukit Jalil sekitar October 1999 dan sehingga kini Aubrey memainkan peranan penting dalam setiap penerbitan album Siti. Malam itu juga penonton dihidangkan dengan lagu terbaru beliau Bersandar Cinta dari album terbaru ke 17 SimetriSiti (klik) yang sudah pun memasuki pasaran tanggal 10 Mei yang lalu.

IMG_8907

Menutup persembahan pada malam itu, ialah penyanyi yang menerima jolokan SUPERMAN iaitu Faizal Tahir, sebelum itu Faizal muncul di set pertama dengan lagu Bohemian Rhapsody dan di set kedua dengan lagu Hujan dendangan asal Dato Sudirman dan lagu Gemuruh pada penutup konsert berkenaan. Sebagai seorang penonton yang datang menyaksikan persembahan pada malam itu saya amat teruja dan puas dengan konsert tersebut semuanya nampak cantik kecuali sewatu persembahan Dato Siti Nurhaliza ade kesilapan teknikal pada mikrofon beliau namun ia tidak sekali pun mencacatkan persembahan beliau. Aubrey  please buat lagi konsert macam ni dan tahniah buat semua Aubrey and team, Malaysia Philharmonic Orchestra, barisan penyanyi jemputan.

Malam itu juga ada antara rakan artis yang kelihatan seperti Salamiah Hassan, Adibah Noor dan Ezlyn dan juga rakan yang lain. Sekian #kitaSamaSamakongsi

Oh lupa pulak. Macam mana nak dengar versi full semua lagu dalam konsert ni? Jawapan die kena la tunggu album ini diterbitkan nanti =). #KitaSamaSamaKongsi

Advertisements

SEGALA PERASAAN

18194664_10208587199268441_8876431166053107995_n
Ihsan : Universal Music Malaysia & SNP

Yang dinanti-nantikan sudah pon tiba, inilah dia buah tangan terbaru dari Penyanyi Pujaan Jelata – Dato’ Siti Nurhaliza dengan single terbarunya Segala Perasaan yang masih panas lagi di semua medium stream muzik bermula 28 April ini.

Lagu hasil ciptaan komposer Indonesia Ivan Lahardika dan penerbit Aubrey Suwito juga bakal di muatkan dalam Album terbaru Dato’ Siti yang diberi judul SimetriSiti yang bakal menjengah pasaran pada May nanti.

IMG_8130
Gambar Single Segala Perasaan ini juga akan menjadi Cover Kulit Album SimetriSiti yang dijangka akan dipasarkan 10 May 2017

Okai dah beli dah kat Itunes hehehe layan dengar banyak kali tup tup dah jadi No1 carta iTunes yang xbeli lagi tu gi la beli di saluran yang betul na 😄

Khabarnya Video klip lagu berkenaan akan dilancarkan pada 5 Mei ini bersempena juga pelancaran Album terbaru beliau. Berita ini di kongsi oleh Rozi Abd Razak selaku wakil bagi pengurusan SNP di laman Facebook dan Instagram beliau.

IMG_8117
Dari Wakil Pengurusan SNP

Tak sabar rasanya nak tengok aksi Dato Siti yang khabarnya menjadi Adiwira dalam videoklip berkenaan. So kene laa tunggu 😄

Khabarnya pihak Universal Music telah membuat satu pertandingan untuk memenangi pas ke Pelancaran Single ini silalah masuk mana tahu anda mungkin yang bertuah 👍

#KitaSamaSamaKongsi

BALADA DAYANG

IMG_7830
COVER ALBUM DAYANG

Tahniah kepada Dayang Nurfaizah kerana baru sahaja melancarkan Album terbaru beliau yang menggunakan namanya DAYANG NURFAIZAH. Memuatkan 10 buah lagu dan 3 Bonus track versi live AJL untuk 3 Buah lagu Di Pintu Syurga, Tak Pernah Menyerah & Lelaki Teragung.

 10 Buah Lagu Balada – 7 Lagu Baru

IMG_7833
Album Dayang Serba Hitam

Menurut Dayang Album ini merupakan hadiah buat peminat yang sebelum ini bertanyakan kepada beliau bilakah beliau akan mengeluarkan Album dan Alhamdulilah tahun 2017 menyaksikan satu lagi catatan istimewa buat Dayang pada karier yang menjangkau 18 tahun dalam industri muzik Malaysia.

IMG_7794
Rasa Tinggi Macam KlCC Martabat Album Ini

Album ini turut menampilkan komposer terkenal tanahair antaranya Aubrey Suwito (Layarlah Kembali) Ajai (Usah Di Bilang Cinta/Separuh Mati Ku Bercinta) Ezra Kong (Dia) Hazami (Takdir) Aizat (Dalam Diam) Epul Drama Band (Nanti) dan 3 Buah lagu yang popular sebelum ini hasil ciptaan Tam Spider (Di Pintu Syurga) Akid ( Tak Pernah Menyerah) Natasha (Lelaki Teragung).

SHOWCASE – MATIC JALAN AMPANG

IMG_7829
Tiket Showcase Khabarnya Sold Out

Sejurus melancarkan album pada petangnya, Dayang tampil menghiburkan peminat di MATIC JALAN AMPANG dengan Album Showcase  bermula jam 9 Malam.  Kira kira lebih 300 orang memeriahkan showcase yang buat julungkali diadakan. Tampil dengan lagu Hakikat Cinta pada permulaan persembahan  Dayang turut berkongsi keterujaan beliau tentang penghasilan Album baru ini.

IMG_7780
Dayang Anggun Mengenakan Persalinan Dari Dato’ Rizalman

Sepanjang hampir  2 jam persembahan, Dayang menyanyikan kesemua lagu baru dari album terbarunya. Menurut Dayang lagu lagu dari Albumnya ini adalah rakaman dari tahun 2014 dan yang terakhir pada 2017 lagu Takdir Ciptaan Hazami. Pada malam itu juga Dayang tidak henti mengucapkan terima kasih kepada semua yang selama ini menyokong kerjaya beliau sehingga meletakan beliau di tahap ini. Acapkali beliau menyebut berasa gementar untuk membuat persembahan ternyata ia langsung tidak sikit pon mencacatkan persembahan beliau yang sangat luar biasa.

IMG_7793
Barisan Komposer & Penulis Lirik

Peminat Dayang yang hadir pada malam itu berpeluang mengambil gambar bersama Dayang dalam sesi Meet &Greet selepas persembahan. (Tapi iolss Dah Balik). Untuk makluman juga album ini juga menjadi Trending di Itunes dan sebagai satu-satunya Album melayu yang laris di Itunes. WOW.

Komen:

  1. Album ni memang best tak mustahil boleh menang album terbaik untuk AIM akan datang, baik dari segi lagu, arrangement dan semua produksi untuk album ini. Tahniah Dayang.
  2. Pemilihan lagu Separuh Mati ku Bercinta sebagai single ke2 amatlah sesuai dan bertepatan siapa mahu menidakkan naskah agung dari Ajai ini mana tahu lagi ini mungkin di angkat sebagai Juara Lagu akan datang. Klik sini untuk review lagu baru Dayang.
  3. Album yang memuatkan kesemua Lagu Balada ini memang sesuai dengan suara lemak merdu Dayang yang telah memenangi 3 kali berturut-turut untuk kategori Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu.
  4. Showcase malam hari tu memang best dan memang puas hati sungguh memang berbaloi beli tiket =) Khabarnya Dayang akan bersama-sama Aubrey Suwito di Malaysia Philharmonic Orchestra sempena dengan Aubrey Suwito And Friends 19& 20 May ini. Jangan lepaskan peluang menonton ade juga Faizal Tahir dan Jaclyn Victor.

#KitaSamaSamaKongsi

p/s: tak sabar pulak nak tunggu Album baru Dato Siti Nurhaliza – #SimetriSiti