SimetriSiti – Hilang Seri Siti?

SimetriSiti – Saya Tak Puas

Meminati tak semestinya tak boleh mengkritik kan namun kalau kritikan itu membina dan boleh dijadikan suatu panduan pada masa yang akan datang insyallah. Saya juga antara ribuan yang menyokong kerjaya beliau setiap Album baru dan persembahannya insyallah saya pasti dapatkan dan hadirkan diri.

IMG_8572
Di Pasarkan 10 May – Album bagi Kulit Album ini habis ditempah di lazada

SimetriSiti buah tangan terbaru beliau, memang teruja untuk dapatkan yang satu ni walhal saya juga turut mendapatkannya untuk dijadikan koleksi terbaru, Alhamdulillah kulit album yang terhad ini berjaya saya miliki kerana hampir 20 minit album ini telah habis di tempah di Lazada (klik sini). Kulit Album nya memang wajib dipuji lain dari yang lain, bait bait nukilan dalam setiap gambar ade dedikasi khas buat semua yang menjadi tulang belakang kemahsyuran insan bernama Siti Nurhaliza. Moga sangkut untuk kategori Kulit Album terbaik di AIM nanti.

Setelah mendengar lebih dari 3 hari selepas ia dilancarkan melalui platform digital mahupun fizikal tidak puas rasanya tidak terkesan dan hampir tidak melekat di otak berbanding Album Fragmen dan Transkripsi yang juga pernah memenangi Album Terbaik. Susah dihadam walau berkali cuba untuk mendengar. Hanya Ā 5 -6 lagu sahaja. Bukannya tidak bagus mungkin lambat sikit kot nak masukšŸ˜„. Ini dia lagu yang secara peribadi yang saya suka dan terimalah pendapat ini dengan keterbukaan.

IMG_8571

BERSANDAR PADA CINTA
Aubrey Suwito/Ad Samad

Ini daripada pandangan peribadi saya, saya suka susunan muzik dan bait bait liriknya memang kena diletakan pada track permulaan. Siapa yang ingin menidakkan kehebatan komposer terkenal ini, lagunya pasti ada magisnya sendiri ditambah dengan iringan okestra makin padu! Liriknya saya berpendapat menceritakan tentang CINTANYA terhadap perkara yang dilakukanya sekarang iaitu menjadi seorang penghibur sebab semua yang dilakukan BERSANDAR KEPADA CINTA tak mustahil lagu ini boleh menang susunan muzik terbaik. Khabarnya lagu ini akan dijadikan Single Ke2 nanti. Video muziknya pun sudah dilancarkan.

PENGHIBURKU
DATO SITI NURHALIZA/ JOE FLIZZOW (RAP)

Lagu dedikasi khas buat peminat muzik yang baru segar dan terkini saya pasti memang mudah diterima lirik yang tidak berat dan bersahaja memang mudah melekat dan sekejap sahaja boleh dilagukan bersama terutama part hey hey hey tu…. namun sesekali terdengar bisik bisik orang lain yang mengatakan lagu ini persis Ed Sheeran – Shape Of You dan Yuna entah laaa janji layan šŸ˜„

AKU BUKAN MALAIKAT
OPICK

Sempena menanti bulan Ramadan ini pasti lagu ini sesuai dijadikan lagu runut bunyi bagi drama dan telefilem juga dipersembahkan ketika waktu bulan puasa. Senikata dan susunan muzik yang sangat indah dan pembawakan vokal Dato Siti memang cukup mengasyikan. Memang kesukaan saya.

KISAH KU INGINKAN
IVAN LAHARDIKA/KANTJIL

Setelah Cakhra Khan untuk Seluruh Cinta kali ini duet bersama Judika juga antara penyanyi Indonesia yang mempunyai vokal yang hebat lihat sahaja persembahan Dato Siti dan Judika di sesi APM yang lalu. Lagu ini saya rasa lebih sesuai diangkat menjadi single pertama berbanding Segala Perasaan juga dari pencipta lagu yang sama agak terkilan juga tapi mungkin Universal dan SNP ade perancangan mereka sendiri.

IMG_8573.JPG

TAK PERLU RAGU
ADE GOVINDA

Lagu yang cukup sweet dan indah memang sesuai untuk latar majlis perkahwinan. Selepas taruhan Ade melalui terbaik bagimu menjadi hits mungkin suatu hari lagu ini juga akan di angkat sedemikian. Senyum sorang sorang dengar lagu ini. Aku tercipta layak bagai hawa temani adam di dunia šŸ˜

KAU TAKDIRKU
MOHARIZ YAAKUP/HABSAH HASSAN

Tengok komposer dan penulis lirik semua dah tahu mereka ini adalah dikalangan otai industri muzik sapa mahu menidakan karya karya mereka ini. Lagu ini juga menjadi kesukaan saya elemen moden disuntik dalam irama balada pop yang memang menjanjikan sesuatu yang sedap didengar. Muzik dan lirik dan vokal yang seteru dan berpadu dalam lagu ini. Ā lagu ini juga punya JIWA kalau betul betul anda mendalami. Cuba dengar berkali-kali pasti tak jemu.

HIASI DUNIAKU
SID MURSHID

Muzik yang segar dan lain. Fast number ni memberi impak sangat berkesan bagi penutup katalog album ini. Juga menjadi kesukaan saya dan tak perlu juga untuk skip track bila lagu di Track 8,9, dan 10 ini sangat mesra telinga.

LAGU LAIN- bukan tak bagus tapi macam yang saya katakan tadi tak mudah hadam dek rasa, tak melekat di fikiran mungkin dah terbiasa dengan impak lagu lagu hits Dato Siti yang mencapai piawaian standard saya. Setiap orang lain citarasanya, lain halwa telinga nya tapi tak perlu memburukan dan menjatuhkan karya karya yang lain. Hari hari duk dengar balik mana tau meresap perlahan-lahanšŸ˜ƒ

Dato Siti juga bakal membuat persembahan di Malaysia Phillharmonik Ochestra bersama Aubrey Suwito 20 May ini sempena ulangtahun 30 Aubrey dalam industri. Jangan lupa dapatkan tiketšŸ˜„

IMG_8693.PNG
Ihsan: IG @ctdk

AIM CALON-CALON SEMUA DAH NAMPAK TAPI PEMENANG TAK TAHU LAGI

ANUAR ZAIN
FAIZAL TAHIR
MALIQUE
DATO SHIELA MAJID
DAYANG NURFAIZAH
DATO SITI NURHALIZA

Hanya terbaik bakal diiktiraf.

psst: Tertanya-tanya jugak Komposer Ajai, Helen Yap, Azmeer, LY dah tak nak bagi lagu lagi ke kat Dato Siti? šŸ¤”

#KitaSamaSamaKongsi

Advertisements

AIS KACANG VERSI KOREA

Asal kau balik KL je makan makan dan terus makan lepas tu gaduh GEMUK hahahahahah. Wel itulah Aku nak nak ade kawan sekali yang memang suka makan. memang menjadi la. Hari sabtu lepas after balik kerja dah janji dengan kawan ni nak ke Kenanga Mall untuk cari patching setelah beliau membaca kisah DIY PATCHING pada entry yang lepas. Bawak la dia. Ingat nak beli patch tu je rupanya berjalan sakan shopping hahahahahaha.

Lepas shopping tu dia punya laa nak makan snow ice korea duk pulun la google yang mana yang sedap dan jadi trending. Lepas tu terjumpa la satu Restoran ni tapi alkisahnya di Bangsar pergi la kau merayau memalam hari di Bangsar. Tapi disebabkan laporr katanya akibat bangun lewat kami singgah di BAKSO MONSTER katanya milik pereka fesyen Jovian Mandagie. Makanan nya pon sedap lepas tu interior die memang VAVAVOMM. Tapi yang duduk KL memang tahu la kan betapa hazabnya nak parking kat Jalan Telawi ni. Nasib abang masuk je terus ade kereta nak keluar hahahaha rezeki.

IMG_8455
Cantikkan Background Belakang Ni

Lepas mengenyangkan diri dengan main course berlalu la kami pergi menuju kedai Korea tersebut. Menapak jugak la dari bakso Monster tu. Hahahahahah. APa nak buat gigihkan diri la jugak. heheheh Akhirnya sampai jugak kat Hanbing ni betul betul tepi Nurita Harith punya Butik.

 

IMG_8452
Hanbing Restoran

IMG_8441Masa dah sampai kat situ, memang ramai orang kat Restoran terpaksa la menunggu walau ade meja kosong yang 3-4 seater die xkan bagi kalau ko berdua je sebab takot ade yang lain datang nanti. Nasib baik waktu kita orang pergi tu xde lah tunggu lebih dari 10 minit hehehehe tapi kat dalam dah penuh so kena la duduk luar.

IMG_8451
Full House

Ingat kan Restoran ni jual Snow Ice tu je rupanya banyak lagi pilihan makanan. Tengok la next trip kalau berkesempatan. Tapi Snow Ice manggo ni ya ampun memang berbaloi dengan harganya Rm28. Mangga die banyak giler menang 2 orang pun tak habis tapi hakikatnya kawan ko je yang sorang tu habiskan. heheh.

IMG_8447

IMG_8448

IMG_8449

IMG_8450
Imej Rakaman IPhone 6 Je=)

Well bagi yang teringin tu boleh la singgah sini tapi banyak je restoran korea yang jual bende alah Air Batu Campur versi korea ni. hehehe Selamat Mencuba. #KitaSamaSamaKongsi

IMG_8454

DIY – PATCH PADA PAKAIAN LAMA

efeccfbe3226f71a7ca9e3613543aeea
Gambar Ihsan: Google ImageĀ 

Wow seakan menjadi satu trend orang orang menampal-nampal imej dan tulisan pada pakaian sekarang ni. Macam nak try jugak tapi kat mana nak beli hehehehe. So dengan kenalan yang ramai di industri (cewah) aku pun mula mula risik-risik kat kawan kawan. So ade yang memberi maklum balas.

First, ade yang suggest beli online sahaja kat laman Instagram ade dua acc instagram yang katanya paling murah antara yang ada. So ini dia:

IMG_8331
Dari Laman Instagram @patchesj

Komen: Nampak harga berpatutan tapi cuma kita tak tahu size macam mana dan kualiti macam ne ke standard size je semua, tapi memang banyak pilihan so nak beli boleh beli. Tapi saya tak beli lagi baru je tengok-tengok hheheheh

Next, Cuba gak risik-risik kat Lazada banyak jugak pilihanya:

Untitled
Boleh tengok kat laman web ni :Ā http://www.lazada.com.my/buyincoins-girls-jeans-bags-satchel-embroidery-iron-on-patches-sewnapplique-food-stars-anchors-smile-face-diy-clothes5-18024282.html?ff=1&boost=2

Dan ada jugak yang suruh pergi ke Kenanga Mall, di Level G, hahahahahah so tanpa berlengah lagi aku pon terus ke sana. Tapi weekend azab sikit la nak parking sebab orang. Kenanga Mall ni memang ramai orang membeli belah sebba pakaian dia memang murah-murah. So bila dah sampai je terus ke Level G, Nampak depan mata kedai tu ya allah memang banyak pilihan. Harga dari RM3 – Rm6 setiap satu beli 10 ke atas ade diskaun 10%

 

IMG_8382
Banyak Pilihan, Lebih Puas Bila Dapat Pegang, Tahu Size sebenar =)

So setelah puas memilih jeng jeng inilah hasil tangkapan yang berjaya menarik minat saya. Heheheheh

IMG_8232

DI sebabkan tak bawak cash sangat hanya itu jelah yang mampu dibeli. heheheh tapi memang akan repeat nanti. HAhahah sampai je rumah terus cari baju lama yang memang tak guna lagi saja la try mana tahu cantik.

  1. Jaket ni dah lama beli lepas tu masa gemuk dulu jarang pakai sebab tak boleh nak butang. Bila badan dah ok dapat la butang longgar pon longgar so saja trykan tampal tampal kat baju ni dan inilah hasil nya.

IMG_8228

2. Baju ke 2 ni beli tahun 2012 kat KITSCHEN rm 19.00 je hehehehe lepas tu selalu gak pakai baju ni menang orang puji cantik bila tampal patch ni makin cantik plak taraaaa

IMG_8230

So uolss rasa yang mana yang okai pada Jaket yang Coklat atau yang Jeans? Mohon cadangan ehehehehhee. So bila dah okai iolss baru la tampalkan pada baju yea. Hehehhehee.

Ini nak juga kongsilkan artikel dari Sinar Harian Ā tentang patching ni :http://www.sinarharian.com.my/bisnes/patch-beri-lebih-gaya-1.635946

Ok uolss. Thanks.

#KitaSamaSamaKongsi

GARAGE SALES – DATO’ RIZALMAN IBRAHIM

IMG_8161
Bunting Yang Berada Di Depan ButikĀ 

Ya Allah macam tak caya je baju lelaki Jubah, Kurta, Kemeja Mega Mendung(Betul tah?) , Oversized Tshirt, Jumper by Rizalman semua Rm50 naik menggila jugak tengok hahahahah. Bayangkan harga asal dari harga Rm199++.

IMG_8163
Kurta dan T-Shirt Rm50 Je

Yang scarf dan tudung pulak di jual pada harga serendah Rm30. Sempat sambar 2 helai untuk Mak dan Adik. Bolehlah melaram untuk raya nanti. Kelaaasss Opah tiah pakai tudung Rizalman šŸ˜

IMG_8319
Luar Dalam Ramai OrangĀ 

Tadi waktu nak membayar tadi Dato tengah kira duit kat kaunter malas nak mengacau takut terlupa pulak jumlah kiraan tadi. Heheheheh Tq Dato nanti buat lagi ya Garage Sales ni.

IMG_8166
2 Beg Je Tak BanyakĀ 

Garage Sales ni khabarnya di adakan setiap tahun oleh Dato’ Rizalman di butiknya di Jalan Imbi first time jugak mai sini hehehe parking kalau free susah la kene pusing-pusing 2-3 kali kalau yang berbayor depan butik pon ade.

IMG_8168
Hasil Tangkapan =)

So hari ni sempat la membeli untuk diri sendiri sehelai kurta dan sehelai baju dapatlah #Ootd dengan baju Rizalmen by Rizalman. Nantikan ye

LAST DAY – MENGEMBARA MEDAN

Kunjungan ke Medan pasti tak lengkaplah jika anda tidak berkunjung ke Istana Maimun, istana lama kesultanan Melayu Deli yang dibina sejak tahun 1888 lagi.Ā  Rata-rata pengunjung yang berkunjung kesini akan menyarung busana tradisional Melayu Deli yang disewakan untuk mereka mengambil gambar sebagai tanda kenang-kenangan. Dengan Caj masuk yang agak berbaloi anda akan dapat belajar tentang serba sedikit tentang Sejarah Kesultanan Melayu Deli yang bertapak di Medan. Khabarnya Istana ini juga sering menjadi tempat keraian yang melibatkan Sultan Melayu Deli.

DCIM100GOPROGOPR0772.
Berhadapan Istana Maimun – Go Pro Hero 4
Baju Kesultanan Melayu Deli
Baju Kesultanan Melayu Deli

Tidak jauh dari Istana Maimun ini berdiri teguh Masjid Raya juga menjadi ikon kebanggaan Kota Medan. Selain daripada Istana Maimun bangunan Masjid ini juga adalah peninggalan dari Kesultanan Melayu Deli yang dibina sejakĀ  tahun 1906. Masjid ini juga menempatkan makam beberapa ulamak dan keturunan Sultan di Medan. Ā Memang cantik sungguh Masjid ini dari pelbagai sisi.Antara bangunan lama yang masih kekal sehingga kini ialah Kantor Pos Indonesia atau Pejabat Pos Indonesia di tengah bandaraya Kota Medan

DCIM100GOPROGOPR0743.
Masjid Raya Medan
IMG_5754
Masjid Raya Medan – Pintu Masuk

Sewaktu saya bersiar-siar di Kota Medan ni saya menggunakan perkhidmatan Becak dengan harga sekitar 200000RP, Alhamdulilah semua tempat die cover. Tempat shopping yang gemarkan berbelanja seperti Telekung, Kain Batik dan Pelekat bolehlah berkunjung ke Pajak ikan atau Pasar Ikan. Dan saya juga sempat membeli kek lapis dan Bika Ambon dari Kedai Bika Ambon Zulaikha memang puas hati.

IMG_7815
Pic Google – Kedai Kuih Bika Ambon Zulaikha
IMG_7814
Bika Ambon Zulaikha – Pic Google

Seperti biasa antara tips perjalanan kali ini ialah , pastikan anda membuat rujukan sebelum ke sesuatu destinasi untuk memudahkan perjalanan anda. Pastikan juga anda menukar duit sebelum tiba ke sesuatu destinasi mungkin kadar tukaran wang tidak sama dengan negara asal anda dan akhir sekali rancang perbelanjaan anda tak salah berbelanja Cuma pastikan kuota bagasi anda mencukupi semasa melakukan penempahan tiket kapal terbang bagi mengelakan caj berlebihan.

Mengembara Medan Day 1 (Klik)

Mengembara Medan Day 2 (Klik)

Mengembara Medan Day 3 (Klik)

#KitaSamaSamaKongsi – INSURANS

Sejauh Mana Insurans Anda Melindungi Anda?

Setakat ni tiap tahun aku akan masuk WAD bahaahahah penyakit-penyakit macam macam dah sekarang ni susah nak ramal bila time sihat bila time sakit.

Aku pasti korang kat luar sana dah pun memiliki INSURANS perlindungan mahupun untuk sendiri, keluarga atau yang dah di bekalkan oleh majikan anda.
So far sepanjang 4-5tahun lepas aku memang gune personal punya cuma masa bulan 4 ni je aku guna company insurans ni.

Personal vs Company

IMG_7718
MEDICAL CARD – COMPANY
  1. So far masa aku guna personel punya insurans ni admited kat semua hospital tak ada pulak depa mintak deposit tapi company depa mintak pulak hehehe
  2. Lepas tu untuk warded aku boleh dapat rm200 untuk bilik gune personel dan rm150 untuk company punya šŸ˜‚
  3. and of course bila ko masuk ward automatic ko dapat rm150 allowance dengan personel insurans tapi dengan company idok laaa

Cuma satu je kekadang aku tak puas hati baik personel and baik company nye insuran ade certain bnde yang die tak cover. Admin fees tu xpe laa cuma perubatan dan bnde bnde lain yang mmg perlu untuk penyakit tu so last last patient juga yang kene bayar.

Macam last 2 year aku kene bayar extra Rm300++ masa guna personel dan Rm400 masa gune company nye tahun ni. Haisshh kalau xcover kenapa doc nak teruskan tanpa consult ngan patient atau pun insurans sendiri mmmm yelaaa aku bukan nak berkira bab bab ni kalau x sampai rm10k kene bayar alaa setakat rm300 lebih tak kan xleh bayar .. Tulaaa ni kene kat aku kalau kat orang lain yang memang xde duit macam ne laaaa

Kalau ade yang boleh advise pasal ni mungkin boleh roger aku kot…

IMG_7663
MEDICAL CARD – PERSONAL

last but not least. Aku bukanlah bekerja atau nak promote mana mana insurans company tapi yang aku nak advice mmg penting Insurans ni kalau yg company cover ok laa kalau dah tak kerja ngan company tu kene ade yg personel okai memang penting so far aku rasa memang berbaloi la Rm170 yang aku bayar untuk personel insurans ni dan mmg puas hati laaa insurans ni tahap tip top.. So yang tk ade tu pergi laa buat survey dan pastikan cari yang terbaik.

Sekian.

Cuba Try – Transformasi 2010,2014 & 2017

#ShahSygSemua

IMG_7540.JPG

 

Mesti ramai yang dah buat kan!! mungkin ade yang terkejut dengan perubahan masing masing mungkin ada yang berubah atau mungkin sebaliknya. Dari badan sesedang lidi ke badan sebesar GAJAH (kesian Gajah) atau yang dari kurang cantik/handsome sekrang ni lebih menyerlah almaklum mungkin dah ade duit sikit untuk spent pada diri sendiri untuk kelihatan menarik. Apa-apapun mungkin anda sendiri akan terkenang momen momen tahun tersebut. Jom shah kongsikan gambar gambar sekitar 3 tahun yang disebutkan itu:

Gambar tahun 2010Ā 

IMG_7532.JPG
Gambar ketika Majlis Makan Malam Fakulti Penyiaran 2010

Komen: Hahahahah nama pon student Masscom kena la pandai bergaya, eh bergaya ke ahhahahahaha, Masa malam nibaju pon mix and match jemasa ni xsilap size pinggang 38 Inchi berat badan pulak dalam 90++kg. Adoi lawak tengok muka sendiri. Gaya rambut ermmm entah bro gua xberani nak cakap apa abhabahaahhaah.

Gambar 2014

IMG_7533.JPG
Ketika mengacarakan Event GP SALES EVENT Sunway Lagoon bersama penyanyi Azmir

Komen:Ā Nampak tak badan sudah mengembang selepas 4 tahun. Masa ni dah bekerja di salah sebuah Syarikat di USJ Subang Jaya. Berat memang naik mendadak. Baju time ni pon XXL saiz seluar pon 40inch berat badan jangan cerita la 100++ Tapi abang tetap berjalan hidup macam biasa tanpa menghiraukan kata kata nista yang dilemparkan bahahabaha.

Gambar 2017

IMG_7537.JPG
Gambar Feb 2017 – Ketika di MedanĀ 

Komen: Allahuakhbar, kalau anda ade disiplin dan fokus apa yang anda nak buat insyallah anda akan berjaya. Gambar terbaru ni dirakamkan pada Februari lalu ketika berkunjung ke Medan, Indonesia. Alhamdulilah dengan rutin Jogging dan diet yang betul abang berjaya mengecilkan badan =). Hahahhaha . Sekarang seluar dah size 34, Berat badan 78Kg dan size baju pon dah pakai L. Tapi semua baju lama dah mengelebeh laaa uolssss dah kene cari baju baru ahhahahahaha. Banyak modal nak keluar ni hahhahahah. Tapi syukur syukur janji sihat.

Walau macam mana perubahan anda sekalipun yang pasti ia memuaskan hati anda bukan nak puaskan hati sesiapa, Anda tahu apa yang anda perlukan dalam kehidupan anda. So buat apa yang anda rasa perlu jangan ikut cakap orang okai.

Psst: Abang shah nak share apa yang abg shah buat Ā tampil kecil sebegini kalau korang nak tahu komen la kat post ni kalau banyak permintaan insyallah abang usahakan satu entry pasal tips nak kurus ni.

Sekian.