#KitaSamaSamaKongsi – INSURANS

Sejauh Mana Insurans Anda Melindungi Anda?

Setakat ni tiap tahun aku akan masuk WAD bahaahahah penyakit-penyakit macam macam dah sekarang ni susah nak ramal bila time sihat bila time sakit.

Aku pasti korang kat luar sana dah pun memiliki INSURANS perlindungan mahupun untuk sendiri, keluarga atau yang dah di bekalkan oleh majikan anda.
So far sepanjang 4-5tahun lepas aku memang gune personal punya cuma masa bulan 4 ni je aku guna company insurans ni.

Personal vs Company

IMG_7718
MEDICAL CARD – COMPANY
  1. So far masa aku guna personel punya insurans ni admited kat semua hospital tak ada pulak depa mintak deposit tapi company depa mintak pulak hehehe
  2. Lepas tu untuk warded aku boleh dapat rm200 untuk bilik gune personel dan rm150 untuk company punya 😂
  3. and of course bila ko masuk ward automatic ko dapat rm150 allowance dengan personel insurans tapi dengan company idok laaa

Cuma satu je kekadang aku tak puas hati baik personel and baik company nye insuran ade certain bnde yang die tak cover. Admin fees tu xpe laa cuma perubatan dan bnde bnde lain yang mmg perlu untuk penyakit tu so last last patient juga yang kene bayar.

Macam last 2 year aku kene bayar extra Rm300++ masa guna personel dan Rm400 masa gune company nye tahun ni. Haisshh kalau xcover kenapa doc nak teruskan tanpa consult ngan patient atau pun insurans sendiri mmmm yelaaa aku bukan nak berkira bab bab ni kalau x sampai rm10k kene bayar alaa setakat rm300 lebih tak kan xleh bayar .. Tulaaa ni kene kat aku kalau kat orang lain yang memang xde duit macam ne laaaa

Kalau ade yang boleh advise pasal ni mungkin boleh roger aku kot…

IMG_7663
MEDICAL CARD – PERSONAL

last but not least. Aku bukanlah bekerja atau nak promote mana mana insurans company tapi yang aku nak advice mmg penting Insurans ni kalau yg company cover ok laa kalau dah tak kerja ngan company tu kene ade yg personel okai memang penting so far aku rasa memang berbaloi la Rm170 yang aku bayar untuk personel insurans ni dan mmg puas hati laaa insurans ni tahap tip top.. So yang tk ade tu pergi laa buat survey dan pastikan cari yang terbaik.

Sekian.

Advertisements

PRODUCT REVIEW – SAMBAL IKAN MASIN

#ShahSygSemua

Alhamdulillah sejak keluar hospital ni selera makan pon dah kembali normal mungkin sel sel dalam perut telah berhubung. Cakap pasal makanan dan perot ia amatlah serasi bersama so kalau makanan tu tak sedap perot pon akan jadi tak sedap uolss.

Ni haaa produk sesuai dibawak travel luar negara dalam negara atau yang travel dari rumah ke tempat kerja yang tersangkut dalam hazab jem nauzubillah di KUALA LUMPUR tu. SAMBAL IKAN MASIN WARISAN SAPIAH memang meletop!

IMG_7505
Perghhh Belum Bukak Lagi Dah terliur

Apa yang buat sambal ni Meletop? selalunya korang hanya dengar sambal bilis kering la cili kering la udang kering la tapi ni haa IKAN MASIN makan sekali memang terangkat habis kaw kaw (takot pulak orang nak makan nanti) hahahaah.

Nak Makan macam mana?

Abang suggest makan dengan nasi panas atau masa nak masak nasi goreng tu cuba tambah sikit masa last last dan digaul rata tak payah dah letak garam, mesti bertambah selera yang si isteri  tu mesti suami anda mintak tambah percayalah !!

IMG_7507
Isi ikan yang MANTAP!!

Haishh tak payah nak pung pang kalau tak betul tak delah bagi review tip top mcm ni Dah sedap kene laa bagitahu ni haaa satu bekas RM12.00 je.

Mana nak beli boleh tengok kat penutup tu haa. Memang berbaloi.

Sekian. Alhamdulillah kenyang uolss 👍

CHOW KIT RUN 2017

8th April 2017 – Saturday

#ShahSygSemua

Alhamdulillah berakhir sudah Sabtu minggu ni. Terisi juga dengan aktiviti yang sangat sihat. Sempena dengan misi #1Month1Run akhirnya terlaksana juga misi bulan ini. Seperti biasa info mengenai larian ini boleh tengok kat Myrunners.org . Masa program ini juga kenal seorang dari Yayasan Chowkit melalui Linked In saudara Yazman, so selain daripada berlari melalui event ni jugak banyak kenal kawan kawan baru .
IMG_7418.JPG
Yazman (Baju Merah) Bersama Penyampai Bernama Radio
Selain tu ade juga tolong Yazman dari segi jemputan Media untuk program pelancaran sidang media Chow Kit Run tempoh hari dan juga aturkan jemputan untuk interview di Bernama Radio. Terima kasih juga kepada penerbit dan saudari Raifa😄. Oh yaa masa sidang media ni juga first time dapat jumpa Pelumba F1 Malaysia Alex Yoong , dapat juga laa selfie heheheh.

17522931_10208426663012259_2055151192020275953_n.jpg

Masuk Hospital.
Kuasa tuhan maha pemberi kesihatan dan juga menarik nikmat kesihatan itu. Malam Selasa haritu, lepas bermain badminton dengan officemate tetiba sakit perut yang teramat tapi macam abaikan la mungkin angin kot.. just sapu minyak panas je😪😪. Pagi esoknya tanpa berlengah terus pergi klinik kat area seremban2 . Aku malas nak cakap buruk pasal klinik ni tapi bayang kan aku dah meronta sakit kat depan counter die boleh balik tinggalkan aku macam tu aje.. Kalau ikot hati memang nak keritkan aja tapi sebab sakit kan terus aku drive pergi Hospital dekat tempat kerja tu, parking je kereta terus masuk emergency room, doktor terus suntik ubat gastrix lepas tu memang terkentut laa sebab angin keluarkan. SAH MEMANG GASTRIX.
IMG_7402.JPG
Cucuk sana-sini
Berkampung di Hospital
Ni kali ke2 kene lepas tahun 2014, doktor suruh masuk ward untuk buat rawatan lanjut, hari first kira macam azab sikit laa bayangkan masuk jam 8pagi lebih kurang jam 1 baru masuk wad. masa ni buat ultrasound dulu tengok apa yang tak kena 😒 nasib tak jumpa baby dalam perut . Dah masuk wad pulak doktor tak bagi makan Alkisah haritu jam9 malam baru makan tapi Doktor kata lepas kul 12 malam makan tak boleh minum pon tak boleh sebab esok pagi nya ke buat Endoskop.
Berbeza tahun 2014 tahun ni lain sikit endoskop nye sebab bila masa nabuat tu doktor bagi ubat tidur serious wei aku tak sedar apa, sedar2 dah ade dalam Ward. hhahahahh. Pagi endoskop petang buat CT SCAN plak ni pon first time masuk dalam ni dah macam X MEN aku rasa. hahahahah sebelum die start die ade masukan cecair dalam badan tujuan die nak tgk darah katanya, tapi bila masuk je dalam badan rasa panas anak tekak kesan daripada air tu. Orang tu cakap memang normal😥😥
IMG_7421.JPG
Rupa masuk Hospital 
Ni dah start dah lusa dan berlari tapi tanda-tanda nak keluar hospital tak ade lagi. Hahahahaha risau plak aku terperap. Serious kali ini BOSAN tahap GABAN duduk dalam ward kali ini. Akhirnya jumaat petang dalam pukul 7 datang la Doktor ni die bagi tahu dah holeh discharge. Tuhan je tahu perasaan nak melompat. Lepas settle semua terus drive balik KL 🚗
Berlari 6KM
Selepas Alor Star Half Marathon March lepas aku meneruskan misi #1month1Run. Seawal jam 530pagi dah bangun. Siap siap terus ke Station Lrt Pandan Jaya, Parking dekat situ naik LRT turun di SULTAN ISMAIL st. Biasa la time run parking memang hazab la. Tepat jam 7.30 pagi peserta di lepaskan Route kali ini agak mencabar nak nak selepas 2KM lepas route ni je mendaki die lebih kurang 1km juga.. Jenuh weii bahahahahahahahhha.
IMG_7454
Selesai 6km
Alhamdulillah hanya 45minit sahaja selesai 6km ni macam new record jugak la walaupun baru keluar hospital. Ok layan gambar gambar ni je okai.
Sekian.