Event – Hijabs & Beauty Expo 2014

Salam semua,

Tinggal beberapa saja hari lagi untuk ke tarikh event program untuk company. Hijabs Beauty Expo yang akan berlangsung di Mid Valley Megamall Exhibition Hall 3 pada 26-28 Disember ini.

Sekarang ini dalam tempoh persiapan nak menyiapakan segala keperluan dari stoks dan sebagainya. Penat dan letih perkara biasa bila ada event event besar sebegini sebab di pertanggungjawabkan untuk menjadi Pengarah Projek.

Macam gambar di atas, itulah poster rasminya, kalau anda semua ada kelapangan waktu jemputlah datang dan ada pelbagai promosi istimewa ada juga hadiah untuk cabutan bertuah yang sangat sangat menarik untuk di menangi. Rasa puas bila nampak poster di merata tempat dan paling penting ada logo syarikat di bawah itu yang menjadi penaja bersama. Khabarnya ade di sekitar bangsar, Dalam KTM komuter dan di MRR2.

Jemput datang ok, insyallah kalau jumpa di sana tegur tegurlah nanti. Saya akan update untuk seterusnya kalau ada kelapangan.

Salam Sayang

#shahsygsemua

Advertisements