Menjelang Tahun Baru

Salam Semua,

Hampir lama tidak menjengah di blog ini, dah macam bersawang jika blog ini ibarat rumah yang di tinggalkan. Mulai saat ini insyallah akan tanamkan minat untuk menulis semula. Tentunya nak berkongsi dengan semua pemilik pemilik blog yang suka membaca karya karya manusia hamba seperti saya ini.
Beberapa hari sahaja lagi, kita akan menjengah ke tahun baru, Tahun 2015 masing masing dah pasang impian masing masing bukan. Tapi selalu timbul persoalan di sini… Azam tahun lalu dah tertunai ke belum? Insyalaah kalau ada masa ini kita buat la kan, kalau tak pun tahun depan kene la buat untuk tunaikan nya.
Ketika dan saat ini saya masih di bangku dan meja di pejabat menunggu untuk pulang dan ketika ini juga Anuar Zain – Sedetik Lebih sedang bergema dalam “headphone”.. Ada mungkin di luar sana yang sudah pulang bukan. Ehh ┬ádi mana kita tadi , oh ┬ábersembang mengenai azam tahun baru.
Saya nak berkongsi nanti apa antara azam tahun 2014 yang dah tertunai dan belum tertunai serta azam tahun 2015 yang akan datang. Rasa tak sabar nak berkongsi dengan semua kan. Insyallah esok mungkin saya akan kongsikan dengan anda.
Baiklah kira ini permulaan yang baik untuk mulakan entri blog yang lama tak di jamah oleh tuan punya blog sendiri.
Ok , selamat malam semua.
#shahsygsemua
Advertisements