SAMBAL TUMIS WARISAN OPAH

RESIPI – SAMBAL BILIS PETAI

Sambal ikan bilis memang jadi favourite aku! Kalau letak petai lagi bertambah selera laa aku. Ade orang jugak bila pergi travel mesti bawak sambal goreng kering yang rencahnya mungkin ade ikan bilis, tempe kacang dan sebagainya. Tapi memang ini la bekalanya sewaktu aku mengembara ke Eropah dulu tapi tak mampu buat sendiri hanya tempah kat orang sahaja. Perghh kalau makan dengan nasi panas dan roti pon dah rasa nikmat.

namun banyak banyak sambal yang aku pernah jumpa, jujur aku cakap sambal ikan bilis arwah opah aku memang win kalau die buat. Dulu arwah menjual nasi lemak dekat jalan ampang sebelah kem askar Jalan Ampang siapa yang bekerja atau duduk kat area situ memang tahu Nasi Lemak arwah opah aku tu. Alfatihah untuk arwah. Walau tak serupa dengan die punya. Tapi aku rasa macam ok jugak. Hahahaha

Aku ade jugak perancangan nak buat sambal bilis kering ni dan nak pasarkan tapi belum berkesempatan lagi, setakat masak untuk dirumah dan kawan kawan office tu masih larat lagi hehehhee tapi nak komersialkan tu mungkin kene berguru lagi.

Bahan Bahan:

200GM Ikan Bilis
100GM PETAI

BAHAN KISAR
2 Biji Bawang Besar
5 Biji Bawang Putih
15-20 Tangkai Cili Kering (asingkan)
Sedikit Belacan

Air Asam Jawa
Garam Gula

IMG_9738

Cara Penyediaan

Basuh dan toskan ikan bilis lalu digorengkan sehingga garing kemudian ketepikan. Kisar bahan-bahan untuk dikisar tumiskan kisaran cili kering terlebih dahulu sehingga pecah minyak dan kemudian masukan kisaran yang lain dan terus kacau. Masukan juga petai tadi bersama dan masak sehingga cili tadi bertukar agak gelap. Masukan sedikit air asam jawa dan gula serta garam. Akhir sekali masukan ikan bilis tadi dan kacau sehingga sebati. Selamat Mencuba.

#KitaSamaSamaKongsi

Advertisements

LARA DI BALIK MAGGIE GORENG

Alhamdulillah dah masuk hari ke 10 kita berpuasa kan. So bebagai menu masakan dan  juadah kita dah hadap dan berbagai pengalaman juga kita tempuh sepanjang Ramadan ini. Moga terus istiqamah ye. Hahahah kalau post aku ni bukan pasal lain pasal makanan la jugak tapi hari ni lain sikit. Ade sedikit kedukaan dalam pengalaman nak berbuka semalam.

Semalam kalau ikutkan aku berbuka dengan NASI ARAB HADRAMAWT lebihan dari meeting HANDS di rumah jamirul malam ahad hari tu. So masa sahur semalam tak sempat nak makan jadi bawak la balik Seremban dengan harapan nak makan waktu berbuka nanti. Sejurus pulang je dari PICC aku terus ke pantry office untuk letakan bekal tersebut dalam peti ais juga bersama popia cheese yang aku buat hari Sabtu lalu yang disejukbeku (resipi update later).  Kisah tragis bermula jam 5 petang sjurus aku lepas solat Asar, selalunya pantry akan ditutup jam 530 petang so aku pon solat la dulu. Lepas solat aku terus ke pantry nak bukak pintu tetibe….. Haaaa pintu dah kunci dan semua staff admin dah balikk wuarghhhhh macam ne ni dunia seakan gelap gelita bahahahaha ceewaaahhh.

Aku pun balik la rumah terus dengan kedukaan tiada juraian air mata ahahahah. Aku ni memang sejenis masak dan makan kat umah jarang nak beli-beli kat bazar ni yelaaa nak berebut parking la, nak bersesak dengan orang memang takla so aku terus balik umah. Sampai je kat rumah terus aku bukak peti ais aku dan tengok apa yang aku boleh masak untuk waktu berbuka nanti. Ade la lebihan dada ayam, sotong, fishball, fishcake dana de MAGGIE haaaa terus kata nak buat MAGGIE Goreng.

Lebih kurang jam 6:45 petang aku start memasak, ni aku list kan bahan-bahan die dan cara penyediaan nya so aku nak bagi nama menu ni MAGGIE GORENG MELARA ahhahahahaha. Selamat mencuba.

MAGGIE GORENG MELARA

IMG_9838

Bahan-Bahan:

  • 2 Paket Maggie Kari (Rebus dan Simpan Perencahnya)
  • 1 Biji Bawang Besar
  • 5 Biji Bawang Putih
  • 4 Tangkai CIli Api
  • 3 Sudu Besar CIli kisar
  • 1 Sudu Besar Sos Seafood ADABI
  • Kicap
  • Dada Ayam
  • Fish Ball/ Fish Cake
  • Sayuran : Lobak /Sawi
  • Sedikit Air

Cara Penyediaan:

Tumis bawang merah, putih, dan cilia pi sehingga layu kemudian masukkan cili kisar tadi tumiskan sehingga pecah minyak. Kemudian masukkan dada ayam dan fishball serta fish cake dan ratakan masukan juga Sos Seafood dan kicap juga sedikit air. Gaulkan hingga sebati masukan perencah Maggie kari bersama sayuran tadi. Terakhir masukan Maggie yang telah di rebus dan gaulkan hingga rata. Boleh tambah telur kalau anda suka, heheheh. Ok siap untuk di hiding.

#KitaSamaSamaKongsi

RESIPI- BIHUN KUNG-FU

IMG_9741.JPG

Haaa biasala bila tekak ni memilih bende nak makan waktu berbuka kena la masak! Kalau pi Bazaar tu tak tau laa makan apa banyak benor pilihan menu nya. Nasib la aku teringat haritu ade beli Bihun, Sotong, Dada Ayam dan Fishcake then telur pon ade jugak jeng jeng terus ade idea nak masak apa. So sampai ja rumah terus sinsing lengan duk menukang kat dapur 😄. Ok ini lah bahan bahan dia.

KUAH KUNG-FU:

5Biji Bawang putih
1 Biji Besar Bawang Merah
4-5 Tangkai Cili Api
Sedikit Dada Ayam
Sedikit Sotong
Fishball
Fishcake
Lobak Merah (Potong Tebal)
Tomato Ceri (Belah 2)
Foo Chuk
1 Kiub Pati Ayam Knorr
Serbuk Lada Hitam
2 Biji Telur

BIHUN :

Bihun di goreng secara deep fried untuk dapatkan kerangupan 😄

Cara – Cara :

Panaskan minyak masak dan masukan terlebih dahulu dada ayam,Sotong, Fishcake dan fishball kemudian masukan bawang putih dan merah serta ketukkan cili apo tadi. Goreng sehingga layu bawang tersebut.

Kemudian masukan sedikit air dan sayuran tadi renehkan sehingga mendidih masukan juga perasa mengikut cita rasa masing masing. Masukkan 2 biji telur dan teruskan mengacau sehingga pekat.

Tuangkan kuah kungfu tadi di atas bihun yang telah di deep fried dan sedia dihidang. Selamat Mencuba.

#KitaSamaSamaKongsi

RESIPI – BUBUR JAGUNG BERKRIM

Selain Bubur Kacang Hijau, Pulut Itam dan Bubur Gandum ade lagi satu manisan bubur ni yang aku suka sangat BUBUR JAGUNG. Aku rasa sesedap yang aku ingat yang dijual di PASAR RAYA MYDIN USJ1 tak tahu la ade lagi ke tak tapi situ mmg serious sedap! Bubur ni lain orang lain caranya tapi apa yang aku kongsikan hari ini sesuatu yang mudah cepat dan pastinya SEDAP.

Bahan Bahan juga beli sahaja macam Jagung tu kalau dulu kene sagat sekarang tak perlu beli je dalam tin yang jenis karnel atau sebiji-sebiji mahupun yang berkrim yang selalu orang gune untuk ABC dan APAM BALIK. Memang sesuai dihidangkan waktu berbuka ni.

So lepas ni jangan la cakap buat bubur manisan ni susah senang je janji M besar kt dahi tu dipadamkan segera. Buat la sehari 1 Bubur, mungkin dapat membuatkan selera anak anak anda mahupun suami anda bertambah waktu berbuka.

IMG_9736
Gambar Hasil Sentuhan Ninamirza.com

BAHAN-BAHAN

1 Tin Jagung Karnel ADABI
1 Tin Jagung Krim ADABI
1 Kotak Kecil Santan
5 Sudu Besar Gula Merah
5 5 Helai Daun Pandan
1/2 Cawan Sagu
Secubit Garam

Cara Penyedian:

Didihkan Santan, Daun Pandan , Gula Merah bersama sedikit air dan letakan secubit garam untuk menambahkan rasa lemak pada santan tersebut. Bila dah mendidih masukan pula Jagung Karnel Tin dan Sagu tadi kacau sehingga beberapa minit. Akhir sekali sebelum di hidang masukan Jagung Krim tadi untuk menambahkan kepekatan pada kuah Bubur Tadi. Siap untuk dihidang. Selamat Mencuba

#KitaSamaSamaKongsi

HANDS- KURANGKAN BAJET BAZAAR, TAMBAHKAN BAJET SEDEKAH.

Alhamdulillah dah 8 hari kita berbuka. So far bagaimana puasa anda anda semua? hahaha tanya orang pulak diri sendiri pun ahhahaha. Alhamdulilah setakat ni puasa penuh la. Haaaa so far dah berapa banyak duit di belanjakan di Bazaar Ramadan atau PARAM (Pasar Ramadan). Aku so far setakat ni baru sekali ja pergi Bazzar itupun sebab nak mengisi masa ja, yelah balik jam 5 Petang lepas jarak antara rumah dan tempat kerja hanya 10-15 minit sahaja mau tak melepek duk umah so pergi la bersiar-siar cuci mata tak pun aku jogging.

Ok berbalik pada tajuk entri kat atas, semua sudah sedia maklum HANDS (Helping Anyone In Needs) NGO yang aku sertai bersama adik-adik junior di UITM Kedah dulu sedang bertungkus lumus mencari sumbangan dana untuk program kami yang akan berlangsung pada 10 Jun ini. Program #ShoppingRaya ni kami akan bawak anak anak asnaf di Yayasan Chowkit untuk membeli-belah Baju dan kelengkapan raya di sekitar Jalan Chow Kit. Program ni actually dah 2 tahun kami buat dan tahun ni kami buat lagi sebab memang best. Dah nak dekat waktu program ni semakin rancak la kami ni mencari dana-dana yang boleh kami gunakan wang tersebut untuk membeli-belah bersama adik adik tersebut.

IMG_9604

DAPAT SOKONGAN.

Alhamdulillah aku nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada yang menyokong program antaranya kenalan rapat di tempat-tempat kerja terdahulu, rakan-rakan artis, rakan-rakan blogger yang menghebahkan poster di IG mereka tak kurang juga yang tampil membuat sumbangan serta tajaan.

IMG_9682

Antaranya: (Update sehingga 3 Jun)

  1. Blogger:
    1. Ben Ashaari 
    2. Kelab Blogger Ben Ashaari 
  2. Rakan Artis:
    1. Amy Mastura
    2. Farawahida
    3. Da’i Wan
    4. Bella Yunus
    5. Naim Hashim – Penyampai Suria Fm
  3. Kenalan
    1. Azlia Idha
    2. Puan Mawarni
    3. Mummy
    4. Razid Ahmad

Terima kasih banyak-banyak kepada kalian atas pertolongan ini. Hanya allah sahaja dapat memberikan ganjaran kepada anda semua Insyallah.

Kami masih mencari lagi sumbangan yang berterusan untuk kami adakan program program seumpama ini dan juga program akedemik yang lain dalam membantu komuniti setempat terutamanya kanak kanak yang nyata memerlukan pendidikan untuk perkembangan sosial demi masa depan.

IMG_9090

Sumbangan boleh terus di salurkan ke Akaun – Persatuan Hands – Helping (564342617404) Akaun Maybank. ‘…KURANGKAN BAJET BAZAAR, TAMBAHKAN BAJET SEDEKAH…”

#KitaSamaSamaKongsi