Picnic – Taman Tasik Titiwangsa

9th April – Sunday

Alkisah hari ini, bangun tido lewat so termiss sesi Zumba hari ini, lepas tu bangun bangun terus siap siap masak Aglio Olio Seafood. Memang tergerak  pon nak masak hari ni tu sebab dah beli barang semalam.
Nasib baik malm tadi dah text kawan ajak lepak makan makan ala-ala nak picknick nasib die free so masak masak tadi terus pack kan. Janji dengan kawan tu jam 11 jumpa kat Taman Tasik Titiwangsa. Hahahaha macam pelik picknick tengahari bahahaha. Nasib panas redup redup berangin .
69f39-img_7473

Taman Tasik Titiwangsa

Oh nak share Resipi Seafood Aglio Olio (2-3Pax)

Bahan Rencah
100gm Udang
100gm Sotong
100gm Dada Ayam
Sedikit Fish Cake
Sedikit Fish Ball

Bahan Tumisan (Potong Dadu)
9-10 Ulas Bawang Putih
1 Biji Bawang besar
2-3 Tangkai Cili Merah
Sedikit Cili Api

Bahan Sayuran
Cendawan Segar
Tomato Apple

Bahan Perasa
2 Kiub Pati Ayam Knorr

Pasta
1/2 Paket PREGO Angle Hair (Rebus dengan garam dan minyak)

02fd3-img_7470
Bahan-bahan utama

Cara Penyedian:

Tumiskan segala bahan sehingga kekuningan, masukan bahan bahan rencah dan gaulkan sehingga rata, slepas tu masukan sayuran tadi dan bubuh sedikit air untuk hancurkan kiub pati ayam. Gaulkan hingga rata. Last sekali masukan pasta tadi dan kacau sehingga rata. Sedia di hidang 😄

Alhamdulilah. Sekian

MENGEMBARA MEDAN

MENGEMBARA MEDAN

DAY 1
Kuala Lumpur – Kualanamu – Pulau Samosir
Dengan tiket serendah Rm180 dapatl merasa naik MAS ke MEDAN, INDONESIA. Kali ini mengembara seorang diri dan inilah kali pertama nak berjalan sorang sorang ke tempat orang. oh sebelum tu nak cerita sedikit pasal kene blacklist dengan imigresen 2 hari sebelum nak terbang. Hanya tuhan je yang tahu macam perasaan masa tu.
Mula-mula call PTPTN die cakap kene bayar tunggakan Rm8+++ untuk degree punya pinjaman mana nak cekau duit nak oi lepas tu terpikir pula nasib ade kawan keje kat PTPTN dapat la settle kn walau kene bayar RM2k itu minimum je dik non. Okai cerita pasal PTPTN ni nanti ade entry die sendiri tak potong stim okai.
PERSIAPAN RAPI – BANTUAN BLOGGER, BACKPAKERS BUDDIES GROUP  DAN TOURGUIDE
Well kalau nak berjalan kat tempat orang ni kene la buat persiapan yang rapi, kene tahu apa yang menarik kenderaan ap yang nak naik dan kos tentunya. Kita juga kene main peranan ringankan mulut, tangan untuk bertanya dan buat perbandingan nilai kekurangan dan kelebihan yang masing masing dah kongsikan pengalaman mereka masing-masing. Terima kasih buat semua.
Perjalanan dari Kuala Lumpur – Kualanamu hanya mengambil masa 45-50 minit sahaja tak lama mana pon. Waktu mereka berbeza satu jam lambat dengan Malaysia. Bila dah sampai airport terus cari SIMCARD. Usha usha tengok simcard dalam AIRPORT macam mahal sikit tapi bila keluar sikit je dari AIRPORT ade jual simcard kat luar tu. TELKOMSEL pilihanya rasa dalam RP80,000 untuk 3GB data internet tersangat cukup untuk seminggu.
Untuk ke Pelabuhan Tiga Raja sampai je AIRPORT terus keluar untuk cari BAS ke PERMATANG SIANTAR kosnya lebih kurang RP50,000 sahaja perjalan lebih kurang 3 jam sahaja sampai dipekan P.SIANTAR boleh naik bas ke PARAPAT dan berhenti ke Pelabuhan Tiga Raja masanya lebih kurang 1jam lebih sahaja.Selalu lah berkomunikasi dengan orang sebelah anda mana tahu dapat membantu anda untuk  memudahkan perjalanan anda.
TERPESONA KEINDAHAN DANAU TOBA 
Sampai ja Pelabuhan Tiga Raja walau terlajak sikit terus nak boat ke Pulau Samosir, nyatakan sahaja hotel mana yang hendak anda turun pembantu boat akan segera memangil anda untuk naik ke boat mereka. Sepanjang perjalanan nak ke Pulau Samosir aku memang terpesona dengan keindahan Danau Toba ni. Subhanallah cantik sungguh memang cantik!!  Namun sepanjang perjalanan sebelum sampai ke jeti ni pon anda akan dapat tengok keindahan alam wisata Indonesia ni.

 

Masa dalam boat ni juga ada bebrapa orang embak atau makcik yang akan menjual makanan segera dan juga telur itik yang akan di campur beberapa jamu. Aku nak try? memang tak laa bahahahahahaha. Lebih kurang 45 minit atas boat dah puas ambil gambar pelbagai sisi aku pon sampai la di hotel yang aku menginap untuk 2 Malam ni.
Aku menginap di Carolina Hotel ratenya murah dan berpatutan juga tapi view die memang cantik sangat.Jangan terkejut pulak bila masuk bilik hotel kipas dan Tv tak ada aircond pon tak ade okai hhahahahaahah. Yang tak bawak universal plug boleh pinjam kt kaunter. Kalau nak tengok tv plak boleh ke Dining Hall so boleh tengok Tv beramai-ramai.
Hotel Carolina – Pulau Samosir
Aku dah sampai pon agak petang badan pon macam letih letih sikit al maklum 5jam dalam bas henti henti naik turun bukit adoiii memang kematu laa jawabnya dik oi. Belum di pikirkan lagi kerusi bas yang keras ibarat konkrit tu hahahaha tapi semuanya pengalaman 😄 so melelapkan mata sekejap. So bila dah bangun aku hanya berjalan jalan sekitar hotel tu ade laa pasir pantai kat situ main main di gigi air katanya.
PORK SERVED .
Baru nak mengintai-ngintai kat restaurant Hotel tetibe nampak plak perkataan PORK tu terus laa cancel nak beli nak order semuanya bahahaha so kekdahnya makan je la MAGGI yang 2 minit masak tu. LAYANKAN AJA sebab perut dah lapar .
d3c96-img_5492
Maggi – Kari Kari Kaw
Sambil makan tu ade gak la research nak pergi mana esok ikot jalan mana dengan Map yang diberi oleh pihak hotel. Oh yaaaa wifi pon ade kat Dining area je kat HOTEL xdapat dik nasib abang beli TELKOMSEL kat airport tadi.
HABIS HARI PERTAMA – #MengembaraMedan

Emcee – ILA DAMIA CUMA KAMU

30th March – Majlis Pelancaran Single Cuma Kamu, Ila Damia

Alhamdulillah hujung bulan March dapat juga 1 job emcee under Kartel Talent Agency, pelancaran single bekas protoge Joe Flizzow, Ila Damia Mentor Musim ke-4.
 
 

IMG_7295.JPG#OOTD – Black Shirt (Padini) Jacket (Tomaz) Jeans (H&M) Shoes (Bata)


Ini ade sedikit pengenalan pasal lagu Cuma Kamu dari Ila Damia
 
Petikan Press Release:
“…Cuma Kamu’ – Single terbaru Ila Damiaa hasil kerjasama Malaysia dan Indonesia, di mana Ila telah berkolaborasi dengan tenaga kerja yang pernah menghasilkan banyak lagu-lagu hebat untuk para artis terunggul Indonesia seperti – Afgan, Raisa Andriana, Dato’ Rossa, Vidi Aldiano dan ramai lagi. Lagu merdu yang dinyanyikan ini mencerminkan perasaan Ila Damiaa yang baru saja berkahwin pada tahun lalu.
Lagu ‘Cuma Kamu’ boleh didapati menerusi iTunes dan semua aplikasi streaming muzik bermula esok – 31 Mac 2017..” – Kartel Talent Agency

Photo Credit: Kartel Records
Masa majlis pon jumpa teman teman lama dari SuriaFm dan juga kawan kawan media yang lain. Sempat juga ambil gambar dengan Sona One. Oh guyss please listen to ILA DAMIA ni punya singgle memang best amd catchy sangat.

 

Team SuriaFm – Ana, Hafiz, Kak Zaff
Sona One
 
To Yasmeen tq so much for this opportunity 
Sekian

TURNS 30th

25th March – Saturday

b2363-img_7062
Cake Tiramisu – Secret Recipe

Early Surprise.

Alhamdulillah , melangkau usia ku 30Tahun untuk 2017. Macam biasa igauan sungguh bila dah masuk 30tahun ni macam macam la pikir weii..
Haaaa hat ni memang lawak sungguh. Pagi tu ade courtesy visit dengan Pengarah Majlis Daerah pagi tu balik tu terus ke office tup tup masa masuk Daniel tahan kereta dah kenapa ni bahahahaha aku dah syak dah ni apa plak plan dorang ni tetibe cakap En Mahadi bad mood la apa laaa .. Masuk je tup tup Pn Liza En Mahadi dah ade kat depan tup tup juga si amin bawak keluar KEK .. taraaaaa hahahaha suprise sungguh.. Thank you guys.

CCD Team: Pn Liza, Mariam & Daniel
Terima kasih juga atas ingatan tulus ikhlas bagi kiriman di semua medium ye amin.Hahaha lepas tu ade kisah rupanya sebelum tu. Tapi tak apa la kita merancang Tuhan yang menentukanya.

TARGET 30  TAHUN

* Nak Kurus Lagi
* Nak Beli Basikal
* Nak Beli Rumah
* Nak K*****  belum lagi

 

Terima Kasih Husna, Video yang meruntun jiwa

Oh tak lupa juga. Selamat Hari Polis Di Raja Malaysia

Sekian.

ALOR STAR HALF MARATHON

17-18th March – Friday&Saturday
Setelah di Melaka, aku menjelajah pula ke Negeri Jelapang Padi, Kedah Darul Aman untuk Alor Star Half  Marathon. Walaupun program nya hari Sabtu aku ke sana awal sehari almaklum Kedah ni ibarat rumah ke2 aku yelah sebab study kat sini dulu kan.
NAIK PUBLIC TRANSPORT KE AIRPORT SUBANG
Jumaat pagi tu aku menaiki Flight Malindo di Subang, sebab ni semuanya low cost kan so aku tak drive nak ke Airport. So ni nak share la sikit. Dari rumah aku naik RAPID PUTRA menuju ke ARA DAMANSARA, sampai ARA DAMANSARA ade bas menunggu di bawah station yang menuju ke AIRPORT SUBANG. So total cost dalam Rm6.00 sahaja jimat ok!. Dari ko parking kat situ satu malam dalam Rm45.00 so ko dah jimat.
Then sampai je Alor Star Airport sebab tak ade orang amek so naik je Teksi sewa ke Hotel. KOS cuma RM25.00. Destinasi nya FULLER HOTEL belakang AMAN SENTRAL je very convinient okai harga pon murah cuma Rm88.00 sahaja. Sebab harga murah so memang tak ade breakfast la so jangan harap yang melampau-lampau. Oh masa sampai hotel ni eventhough check in sepatutnya jam3 sebab dah sampai awal mintak jugak staff kat kaunter tu checkkan kalau boleh check in awal, Alhamdulillah boleh juga terima kasih FULLER HOTEL sebab you give the good services to your customer sure!! i will come again👏😄
JUMPA ALI!!
 
Dah sampai Alor Star kene la roger kawan kawan kat sini. Tapi almaklum laa ade yang busy tak sempat laa nak jumpa tapi yang sorang ni memang dah bagitau awal dah nak mai Alor Star so wajib la jumpa hahahaha.
Malam tu kami jumpa kat BLACK CANYON di Aman Sentral ja borak borak pasal life, ni tengok dari zaman diploma dah ade anak dah ni hahahaha abang die jugak laa dok single lagi laa ni.
Dah habis jumpa Sapik,Ros & Ali so balik Hotel ade member ajak lepak NASI ROYAL weeii gilaa wei mai ALOR STAR tak datang sini weii nasib laa ade orang nak bawak dan yang penting esoknya nak lari okai. Hahahahahaha gasakk. Layan laa gambar gerenti jilat skrin PC/ TELEPON
BERLARI KITA 5KM PUSING PUSING ALOR STAR
Kali ini tak berlari sorang ade geng geng Amir, Sheda yang kenal laa pastu kenal kawan sheda and kawan Amir gak. Pagi tu depa dah gerak awal sebab ade yang amik 21km ade yang amek 12km kita yang biasa biasa ja 😄.  Route kali ini okai okai aja tak delah susah benor jalan pon mendatar je tak de bukit haahhah tu yang best tu.
Dah habis berlari semuanya kami berkumpul oh siap berzumba sekejap hehehe posing jangan cite laaa naik habis dah bateri phone layan kan gambar ya..
SG PETANI- KENDURI KAK IDA
Dah alang alang mai sini kebetulan, senior satu fakulti dulu bersanding so turun ke selatan sikit pergi kenduri. Sampai jaa apa lagi cari nasi uolss dari pagi tak makan !! Sumpah sedap lauk kenduri ni hahahahaa. Buat Kak IDA Selamat Pengantin Baru.
Selepas amek gambor dengan pengantin bergegas ke Alor Star kembali sebab takot berlakunya kes tertinggal FLIGHT hhahaahah,
Dah sampai AIRPORT dalam jam 3 petang walaupun  Flight 530ptg. YA ALLAH memang untung sampai awal ni … jumpa DATO JAMAL ABDILLAH weiii tergamam sampai jatuh jatuh barang hahahahaha MALU HABAQ mai bahahahahaha.Ni memang first time jumpa beliau. Oh masa kat Airport ni jugak jumpa member baru nama MIO hehehe die pun join larian ni gak .. SEE banyak kawan kita jumpa masa join program 😄
 
Sekian..

Februari 2017

Februari 2017

1. Mendaki Bukit Saga – Cuti Thaipussam
 
Bagi orang lain cuti sehari mungkin di manfaatkan dengan tidur sahaja di rumah hehehe tapi bukan saya. Mula mula kawan ajak hiking di bukit saga ini tapi kurang pasti pulak di mana letaknya Bukit Saga ni walaupun di kawasan ampang. Alhamdulilah dengan bantuan GPS sampai juga akhirnya. Kami memulakan pendakian lebih kurang jam 9 Pagi dan sampai ke Puncak dalam jam 1130 pagi.
Namun ceritanya bukan berakhir disini. Kami dpaat tahu selain daripada mendaki ke puncak orang ramai yang hadir akan ke kawasan Air Terjun di Bukit Saga. Perjalanan dari puncak untuk kekawasan Air Terjun ini pon mengambil masa lebih kurang satu jam setengah atau mungkin 2 jam perjalanan. Semput abang dik.. Tapi bila dah sampai Ya Allah cantiknya.
Dah puas berendam dekat Air Tejun tu dalam jam 1.30 tengahari kami mulakan ekspedisi keluar dari Bukit Saga dan sampai ke bawah lbih kurang jam 3 Petang =) Seronoknya. Satu je nak pesan bila dah sampai kawasan cantiknya janganlah buang sampah merata-rata ye nanti anak cucu kita  tak dapat nak rasainya kelak.
 
2. #MengembaraMedan
 
Sehari selepas mendaki Bukit Saga, Flight seawal jam 845 pagi ke Medan. Destinasi di tuju tentulah Danau Toba-Pulau Samosir  dan Ibu Kota Medan itu sendiri. Tapi tak nak cerita kat post entry ni saya akan ceritakan di  Satu Entry khas tentang kembara ke Medan nanti. Tunggu tau . Tapi tengok gambar ni dulu.
So nantikan .. Boleh Klik sini #MengembaraMedan 
3. Melaka
 

Alhamdulilah ade rezeki lebih masa ni bawak mak dan adik jalan jalan di Melaka, sebetulnya ada Fun Run di Melaka, tapi dah alang alang bawak je la Mak dan adik sekali.. First destination Batu Berendam Coconut shake.. First time jugak datang sini walau selalu singgah  so bila dah habis makan tengahari iaitu makn goreng pisang dan nasi lemak kita orang bergerak pulak menuju ke Menara Taming Sari,heee kecut perot Mak kita wakk naik atas sana tu.. Dah puas jalan kat bandar Melaka terus balik Hotel sampai malam kat hotel sebab esok nya ada Run kene la rehat😂.

 

Cerita pasal Run di entri lain ye… Dah habis event Run tu balik hotel Mak dan adik dah kemas kemas nak balik kl. Kita orang pon balik laa Kl. Tapi sebelum tu singgah klebang Coconut Shake pulak destinasi wajib. Dah setle gerak ke KL terus.

Sebelum sampai KL kita orang singgah tempat makan SALAI yang famous kat  Exit Tol pedas .. Ya Allah memang sedap murah pun murah bayangkan amik gulai Daging salai, Gulai Rebung ngan Ayam sambal Nasi Air Percuma Rm24.00 kat KL idak laaa komee weiii. Mana yang nak tahu kalau kedai tu Exit Tol Pedass dalam 100meter je belah kiri amda.. Cuma kedai ni Isnin tutup .. Tu jelah ceritanya..

4.Fun Run -5Km

Cerita di Melaka bukan sahaja terhenti disitu, seperti yang diuar uarkan  setiap bulan saya akan sertai satu Run setiap bulan, Bulan ni Run anjuran Politeknik Merlimau Melaka bersempena Breast Cancer awarenes. Alhamdulilah event kali ni pon best so layan je la gambar ye uolss..

Tamat Bulan 2 😄

January 2017

Masih belum terlewat.. mungkin?
Salam Sejahtera semua, agak lama membisu terdiam dan mendiamkan diri di laman sesawang ni yang dah memang agak bersawang kan. Keinginan nak menulis tu masih ada Cuma tidak berkesempatan sahaja. Tapi sesejak usia pon dah menjangkau ke 3 series ni macam nak cuba balik menulis ni. Nak asah bakat balik. Tapi untuk mulakan balik agak mencabar jugak la. Tak tahu nak kongsikan cerita apa tapi saya cuba untuk mulakan dengan rangkuman setiap bulan mulai bulan Januari 2017. So kira lump sum terus.
JANUARI 2017.
FUN RUN
 
Alhamdulilah tahun baru 2017,  mulalah setiap insan pelusuk muka bumi akan berkira-kira menetapkan azam baru tapi rasanya adakah azam tahun 2016 dah terlaksana heheeh =) tepuk dada tanya iman! Malam tahun baru sempat menyertai aktiviti FUN RUN 5km bersama-sama rakan rakan di Primeworks dulu. Alhamdulilah walau ini larian pertama insyallah akan  juga laksanakan tiap tiap bulan(salah satu azam 2017). Malas nak cerita panjang boleh tengok je gambar yang disediakan

 

Tanggal 22 Januari hari juga menyertai satu lagi FUN RUN-5km anjuran SUN LIFE MALAYSIA, acara pada awalnya di Bukit Kiara dan atas faktor keselamatan program tersebut di tukar ke Padang Merbok, Kuala Lumpur. Alhamdulillah Berjaya juga langsaikan aktivit larian ni walaupun masa untuk larian ni bukanlah yang terbaik tetapi syukur juga sehingga ke garisan penamat. Rujuk Gambar .
Next Fun Run – Di Melaka Balloon Run
Exploring Nature – FRIM
Selain gemar berlari aktiviti baru yang dicuba juga meliputi aktiviti yang mencabar diri sendiri. Pernah tahun 2017 berazam nak kurus, sihat dan fit.  First time hiking kat FRIM ni memang best, tapi compare dengan Broga broga lagi mencabar la. But apa salahnya mengisi masa lapang kan. Bukan sahaja sihat dapat juga menikmati keindahan alam semulajadi ini. Ok silalah tengok gambar. =)
SAHAR MANAGEMENT SERVICES
 
Tanggal 13 Januari 2017 genap setahun umur syarikat enterprise saya. Sahar Management Services syarikat yang menyediakan perkhidmatan Pengacara Majlis, Pa System dan Karaoke juga Kumpulan Gamelan. Insyallah Sahar Management Services akan terus bertahan sampai bila bila. Doakan ye Insyallah.
2.png
DADY SHAH – UNCLE ANGGUN INSYIRAH
Yang satu ni memang sangat teruja.  Alhamdulillah tanggal 27 Januari 2017 bertambah lagi seorang dalam keluarga kecil kami. Anak buah saya yang pertama nama di beri Anggun Insyirah. Baby girl yang sangat comel . Daddy Shah doakan agar Anggun jadi anak yang solehah dan Berjaya dunia akhirat. AMIN
Begitulah cerita Januari 2017, Alhamdulilah hebat sungguh perancangan dan kekuasaan Allah s.w.t .   Insyallah Februari ceritanya akan menyusul.